Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

Dasar Bayaran Balik Global

Kami faham bahawa pembelian tidak selalu berjalan seperti yang dirancang. Sekiranya anda menyesal atau melakukan pembelian secara tidak sengaja, anda mungkin boleh mendapat bayaran balik. Kami telah menetapkan beberapa peraturan di bawah bagi apa yang boleh dan tidak boleh dibayar balik dan maklumat lain yang berkaitan.

Apakah Yang Anda Boleh dan Tidak Boleh Dibayar Balik

Kami akan membayar balik mana-mana kandungan dalam senarai “boleh dibayar balik” di bawah yang belum digunakan dan dibeli dalam tempoh masa 14 hari terakhir, kecuali yang dikehendaki sebaliknya di bawah undang-undang terpakai. Sekiranya anda tidak pasti sama ada barang anda dikira sebagai digunakan atau belum digunakan, kami telah menyediakan panduan dalam “Soalan-soalan Lazim” di bawah. Setelah kami mengeluarkan bayaran balik, kandungan yang terlibat akan dikeluarkan daripada akaun anda.

Boleh Dibayar Balik

X

Tidak Boleh Dibayar Balik

  • Mata wang premium dalam permainan (seperti RP atau Mata VALORANT) (“Mata Wang Permainan”)
  • Juara
  • Kulit
  • Kulit bangsal
  • Chromas individu
  • Emotes
  • Halaman rune*
  • Pertukaran nama pemanggil (jika nama anda terdahulu tidak diambil)*
  • Ikon pemanggil*
  • Paket Chroma*
  • Recalls
  • Baubles
  • Kulit arena
  • Little Legends
  • Kad
  • Gaya kad
  • Hadiah (sama ada dihantar atau diterima)
  • Boosts
  • Pemindahan akaun
  • Peti
  • Bungkusan
  • Barang promosi
  • Ikon pemanggil e-Sukan
  • Inventori Hextech (seperti kunci, peti dan shards)
  • Kandungan Poro Coin
  • Pas acara (termasuk Pas Pertempuran Premium dan tahap Pas Pertempuran Premium)
  • Kandungan diperoleh
  • Tahap kontrak watak
  • Tahap kulit senjata
  • Mata wang biasa dalam permainan (seperti Mata Radianite atau Star Shards)
  • Little Legends Eggs
  • Booms!

* Barang-barang ini tidak boleh dibayar balik melalui pelanggan, tetapi jika anda menghantar tiket kepada Sokongan Pemain, kami akan melakukannya untuk anda jika mungkin.

Mungkin terdapat cara tambahan untuk membayar balik kandungan yang khusus untuk permainan, seperti token bayaran balik untuk Liga Lagenda (yang dijelaskan di bawah “Polisi Bayaran Balik Khusus kepada Permainan Individu” di bawah), atau khusus untuk rantau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Peraturan Tambahan Mengenai Bayaran Balik untuk Duit Sebenar

Anda mungkin telah membeli Mata Wang Permainan atau kandungan dalam permainan kami dengan duit sebenar. Jika anda menggunakan duit sebenar untuk membeli (1) Mata Wang Permainan tanpa membelanjakan mana-mana Mata Wang Permainan yang dibeli tersebut, atau (2) kandungan yang belum digunakan dan boleh dibayar balik, anda boleh meminta bayaran balik daripada Sokongan Pemain dalam tempoh masa 14 hari pertama dari pembelian, kecuali dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang.

Bayaran balik untuk duit sebenar adalah tertakluk kepada sekatan tambahan yang berikut:

  • Bayaran balik untuk duit sebenar hanya akan dikeluarkan dalam bentuk bayaran yang anda gunakan untuk membeli Mata Wang Permainan. Sebagai contoh, jika anda membayar melalui kad kredit, bayaran balik akan dikeluarkan ke kad kredit yang sama.
  • Kami hanya dapat mengeluarkan bayaran balik kepada anda jika bentuk bayaran yang anda gunakan untuk membeli Mata Wang Permainan atau kandungan memiliki kemampuan untuk memproses pembayaran balik. Sebagai contoh, kami boleh mengeluarkan bayaran balik untuk bayaran yang dibuat melalui kad kredit/debit atau PayPal, tetapi bukan untuk kad hadiah dan kad prabayar. Sekiranya kaedah pembayaran anda tidak membenarkan pembayaran balik, jangan risau - kami mungkin masih dapat membayar balik pembelian anda dengan jumlah Mata Wang Permainan yang sesuai.
  • Peraturan bayaran balik yang asing terpakai jika anda membuat pembelian anda melalui platform pihak ketiga (seperti Apple App Store atau Google Play Store). Lihat di bawah untuk maklumat lanjut.

Pasar Pihak Ketiga

Beberapa peraturan khas terpakai jika anda membuat pembelian di pasar pihak ketiga. Malangnya, sifat pasar pihak ketiga bermaksud kami sendiri tidak boleh mengeluarkan bayaran balik tersebut. Tetapi masih ada harapan! Pasar tersebut sendiri boleh menawarkan bayaran balik wang tunai untuk pembelian yang dilakukan di platform mereka di bawah syarat tertentu. Sebagai contoh, App Store, Google Play Store, dan Galaxy Store semuanya telah membuat panduan mengenai cara memohon bayaran balik wang tunai untuk pembelian dalam aplikasi.

Untuk pembelian peranti Apple di App Store, klik di sini.
Untuk pembelian peranti Android di Google Play Store, klik di sini.
Untuk pembelian peranti Samsung di Galaxy Store, klik di sini.

Harap faham bahawa sekiranya Apple, Google, Samsung, atau mana-mana pasar pihak ketiga yang lain menafikan bayaran balik anda, tiada apa-apa lagi yang boleh kami lakukan.

Pemulangan Riot

Dalam beberapa kes yang terhad, Riot boleh sendiri membuat keputusan untuk memulangkan pembelian yang telah diselesaikan ("Pemulangan Riot"). Sebagai contoh, Riot mungkin membuat keputusan untuk membayar balik pemain bagi kandungan yang dibeli semasa penyertaan pemain tersebut dalam beta tertutup permainan baru, atau bagi kandungan yang dibeli yang ternyata mempunyai ralat. Sekiranya kami membuat keputusan untuk mengeluarkan Pemulangan Riot, bayaran balik akan dikeluarkan secara automatik kepada semua pemain yang terlibat.

Caj Balik

Untuk memerangi kemungkinan penipuan, polisi Riot mengenai caj balik adalah seperti berikut, kecuali yang dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang yang terpakai:

  • Setelah caj balik berlaku berkenaan dengan suatu akaun Riot, akaun Riot tersebut akan digantung. Pemain mungkin boleh mendapatkan semula akses ke akaun mereka dengan menghubungi Sokongan Pemain dan membayar balik jumlah yang terhutang.
  • Sekiranya caj balik berlaku berkenaan dengan transaksi pemberian hadiah, kedua-dua akaun pemberi hadiah dan penerima hadiah akan digantung.
  • Amaran penipuan dan Permintaan untuk Maklumat (iaitu, pemegang kad atau bank penerbit kad mempersoalkan kesahihan transaksi) mungkin dilayan dengan cara yang sama seperti caj balik.
  • Jika beberapa caj balik berlaku berkenaan dengan akaun Riot yang sama, Riot berhak untuk menggantung akaun tersebut secara kekal.

Sila hubungi Sokongan Pemain dengan sebarang pertanyaan mengenai caj balik atau proses untuk menerima semula akaun melalui pembayaran balik (dalam kes penggantungan yang dikeluarkan setelah caj balik).

Polisi Bayaran Balik Khusus kepada Permainan Individu

Beberapa permainan mungkin mempunyai polisi bayaran balik mereka sendiri yang terpakai sebagai tambahan kepada terma-terma yang dinyatakan di atas:

Liga Lagenda dan Teamfight Tactics (pada Komputer)

Anda mungkin dapat menerima bayaran balik untuk kandungan khusus bagi Liga Lagenda dan Teamfight Tactics yang boleh dibayar balik dengan menyerahkan token bayaran balik, walaupun selepas tamat tempoh umum 14 hari untuk bayaran balik kandungan yang belum digunakan. Setiap akaun Liga mempunyai tiga token bayaran balik.

Terdapat beberapa peraturan tambahan khusus kepada token bayaran balik:

  • Anda hanya boleh mengembalikan pembelian yang dilakukan dalam 90 hari terakhir.
  • Bayaran balik akan memulangkan jumlah dan mata wang sama yang anda gunakan untuk membuat pembelian. Sebagai contoh, jika anda membeli juara dalam jualan dengan harga RP, anda akan mendapat harga jualan yang dibayar balik dalam RP walaupun ia tidak lagi dijual.
  • Anda akan memperoleh satu token bayaran balik setiap tahun jika anda berada di bawah had tiga.
  • Token bayaran balik adalah tambahan kepada polisi kami bahawa kebanyakan kandungan yang belum digunakan boleh dibayar balik dalam 14 hari dari pembelian tanpa menggunakan token. Bayaran balik yang belum digunakan, layak dan diminta dalam jangka masa 14 hari tersebut dapat dibayar balik tanpa menggunakan token.
  • Jika pembelian digunakan dalam tempoh masa 14 hari tersebut, bayaran balik masih boleh dilakukan, tetapi mereka akan menggunakan satu token bayaran balik.
  • Setelah anda menggunakan satu token bayaran balik, token tersebut akan hilang. Tidak ada token bayaran balik membayar balik token.

* Token bayaran balik pada masa ini tidak terpakai untuk pembelian yang dibuat di Teamfight Tactics versi mobile.

Bagaimana Mendapat Bayaran Balik Anda

Dalam kebanyakan kes, anda boleh meminta bayaran balik dengan log masuk ke akaun yang membuat pembelian dan sama ada memuatkan Sejarah Pembelian anda dalam permainan atau mengunjungi Halaman Sokongan Pemain khusus kepada permainan kami di sini. Sekiranya anda tidak menemui maklumat yang anda perlukan atau ingin meminta bayaran balik atas kandungan yang tidak disokong melalui cara-cara tersebut, sila hantarkan tiket di portal Sokongan Pemain kami. Pembayaran balik mungkin mengambil masa beberapa hari bekerja.

Soalan-soalan Lazim

Apakah yang menjadikan barang “digunakan” atau “belum digunakan?”

Menggunakan juara dalam permainan Summoner’s Rift jelas menjadikan juara tersebut “digunakan”, tetapi kami menyedari bahawa perbezaan mungkin tidak selalu begitu jelas. Sebagai contoh, untuk Liga, kami menganggap kandungan digunakan jika ia telah digunakan dalam permainan (bahkan permainan tersuai atau bot). Untuk VALORANT, bermain dengan atau menaik taraf kulit pistol layak sebagai "menggunakan" kandungan tersebut. Untuk Lagenda Runeterra, kad dikira digunakan jika kad anda terkunci dalam mana-mana mod permainan (iaitu, sebaik sahaja anda mengunci dek anda, walaupun anda tidak bermain dek tersebut akhirnya). Untuk semua permainan kami, bungkusan dan peti atau barang serupa yang menghasilkan ganjaran secara rawak (seperti peti Hextech atau Little Legends Eggs) dan harta di dalamnya tidak boleh dibayar balik, walaupun tidak pernah digunakan dalam permainan. Sekiranya anda tidak pasti sama ada kandungan yang anda beli layak mendapat bayaran balik, sila hubungi pasukan Sokongan Pemain kami di sini.

Mengapa sebilangan kandungan tidak boleh dibayar balik?

Kandungan “tidak boleh dibayar balik” yang dikenal pasti di atas tidak boleh dibayar balik atas pelbagai sebab. Hadiah menyulitkan perkara dengan pihak ketiga, boosts akan menjadi aktif dengan segera dan waktu itu tidak dapat dibayar balik, sifat Peti secara rawak mengubah nilai kandungan setelah dibuka, senarai tersebut berterusan.

Saya tidak menyukai kemas kini juara, dan saya ingin mendapat bayaran balik untuk sejumlah/semua kandungan yang saya miliki untuk mereka.

Maaf, tetapi kami tidak membayar balik mana-mana barang berdasarkan kemas kini juara. Kami cuba bersikap terbuka semasa membuat perubahan signifikan kepada juara; anda boleh ikuti jadual kami di sini.

Akaun saya digodam dan seseorang membuat banyak pembelian/menggunakan bayaran balik saya!

Pertama, pastikan anda mempunyai satu-satunya akses ke akaun e-mel anda, dan ubah kata laluan. Kedua, jangan risau tentang kandungan Liga anda. Kami akan mengakaskan sebarang pembelian yang dibuat semasa akaun dikompromi, termasuk token bayaran balik yang telah dibelanja.