Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Opportunity

Electronic Frontier Foundation

Apa yang mereka lakukan

Ditubuhkan pada 1990, Electronic Frontier Foundation (EFF) menerajui privasi pengguna, kebebasan ekspresi dan inovasi menerusi litigasi impak, analisis dasar, aktivisme dari akar umbi dan perkembangan teknologi. EFF bekerja untuk memastikan hak dan kebebasan ditambah baik dan dilindungi selaras dengan perkembangan teknologi.

Cara kami membantu

Riot bekerja bersama-sama EFF untuk mencipta dan menyokong sebuah makmal privasi yang direka khusus untuk menghasilkan penyelidikan terkini bagi menangkis teknologi penjejakan yang muncul menerusi super kuki, pengecaman cap jari dan bentuk-bentuk penjejakan lain menerusi sokongan pemalam masuk pelayar, Privacy Badger.

Privacy Badger menggunakan kaedah algoritma untuk menganalisis secara automatik dan menyekat pihak ketiga yang menjejak sejarah pelayaran seseorang individu dari skrip penjejakan yang meragukan. Menerusi privacy lab ini, WFF telah menambah baik pencapaian, prestasi dan kebolehgunaan sambungan Privacy Badger.