Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Pendidikan

Girls Who Code

Apa yang mereka lakukan

Girls Who Code sedang membina satu saluran besar untuk jurutera wanita di masa hadapan di Amerika Syarikat. Mereka menawarkan peluang pembelajaran untuk para pelajar dan alumni untuk mendalami kemahiran sains komputer untuk menambah keyakinan diri mereka. Program mereka mencipta laluan yang jelas untuk para alumni Girls Who Code daripada sekolah menengah rendah dan menengah atas dalam tenaga kerja berkomputer. Pada masa yang sama, Girls Who Code sedang membina satu kelompok sokongan yang terdiri daripada rakan-rakan dan suri teladan yang akan membantu pelajar dan alumni untuk terus berusaha dan berjaya.

Cara kami membantu

Riot telah menjadi rakan kongsi West Coast bersama-sama Girls Who Code sejak 2017. Tambahan kepada kerjasaman kami, Riot telah menaja buku pengekodan Girls Who Code iaitu Learn to Code dan Change the World untuk semua ahli kelab di kawasan Los Angeles yang lebih luas.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian kerjasama 2018 kami, Riot akan menjadi Summer Immersion Partner 2019 dan menjadi hos kepada sekumpulan remaja perempuan di ibu pejabat LAX kami untuk mengajar sains komputer menerusi pembelajaran berasaskan projek kepada remaja perempuan yang terabai dari LA dan kawasan sekitarnya.

riot-games-girls-who-code