Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Kerakyatan

Inisiatif Sekolah Menengah League of Legends

Fokus pada Semangat Kesukanan

Semangat kesukanan merujuk pada kod kehormatan yang memberikan makna pada sebuah pertandingan. Apabila digunapakai pada League of Legends, ia boleh dipecahkan - tetapi tidak terhad kepada - enam bahagian penting. Bahan pembelajaran pelajar adalah berdasarkan enam aspek semangat kesukanan yang telah dicipta untuk membantu pelajar mengenal pasti dan menilai tingkah laku mereka sendiri, selaras dengan Kurikulum Kebangsaan (Australia) untuk menggalakkan pembelajaran dan pembangunan pelajar. Enam aspek semangat kesukanan adalah:

  • Pemikiran berorientasi pasukan
  • Hormat
  • Disiplin
  • Tanggungjawab
  • Lasak
  • Sikap yang Positif

Kelab Sekolah Menengah League of Legends

Kelab Sekolah Menengah Legends High School menyediakan satu persekitaran di mana pelajar boleh mempelajari kemahiran dan nilai-nilai penting ketika melakukan sesuatu yang mereka gemarkan: bermain permainan. Para pelajar memiliki masa depan dalam aktiviti dalam talian dan ia menjadi tanggungjawab para pemimpin dan pendidik untuk menawarkan alatan yang berkaitan untuk membentuk rakyat digital.  Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan satu organisasi etika dalam talian, anti-buli dan kerajaan untuk membina satu program sambil menyediakan pelajar dengan kemahiran dan nilai-nilai penting yang mungkin mereka terlepas.

Ketahui lebih lanjut di https://oce.leaguehighschool.com/

Learning Through Play