Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Peluang

International Medical Corps

Apa yang mereka lakukan

Ditubuhkan pada 1984, International Medical Corps menyediakan latihan dan memberikan penjagaan kesihatan kecemasan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada mereka yang terjejas oleh konflik, bencana alam dan penyakit tanpa mengira di mana sahaja mereka berada tanpa mengira keadaan mereka. 

International Medical Corps melatih individu di dalam komuniti mereka, membekalkan mereka dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk pulih, melorek jalan mereka ke arah keandalan diri dan menjadi seorang Responder Pertama yang efektif. 

Cara kami membantu

Sejak 2015, Riot telah “memberi dana awal” untuk program bantuan bencana kami setiap tahun bersama-sama International Medical Corps untuk menyokong usaha bantuan bencana di seluruh dunia. Kajian telah menunjukan bahawa 72 jam pertama selepas bencana alam adalah masa kritikal untuk menyelamatkan nyawa, membina semula infrastruktur dan menghantar bantuan. Tetapi kami lihat jika kami menderma sewaktu bencana sudah berlaku untuk menyokong bantuan bencana, bantuan kami tidak akan sampai kepada mereka yang memerlukan sehingga beberapa minggu selepas bencana melanda.

Menerusi pendekatan pemberian dana awal ini, Riot mampu memberikan bantuan sokongan kepada International Medical Corps dan menghantar bantuan kepada barisan hadapan perkhidmatan selalunya dalam masa 24 - 48 jam di mana-mana sahaja di dunia.