Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Citizenship

2018 All Stars Charity Tournament

Gambaran Keseluruhan

Sepanjang 2018 All Stars Event, Riot telah mengadakan pertandingan amal 2lwn2 di mana pasukan yang menang akan memenangi $100,000 (USD) untuk pertubuhan amal pilihan mereka, tempat ke-2 akan memenangi $25,000, dan setiap pasukan yang menyertai akan menerima minimum $10,000 untuk organisasi pertubuhan amal yang mereka pilih. 

Apa yang mereka lakukan

Di bawah merupakan senarai pertubuhan amal yang dipilih mengikut negeri seperti yang dipilih oleh peserta:

Wilayah:  Brazil
Organisasi Terpilih:  Vaga Lume Association
Apa Mereka Lakukan: Pendidikan dan pemerkasaan komuniti

Wilayah:  CIS (Komanwel Negara Bebas)
Organisasi Terpilih:  Step Up
Apa Mereka Lakukan: Hak asasi manusia

Wilayah:  China
Organisasi Terpilih:  China Education Development Foundation, China Foundation for Poverty Alleviation
Apa Mereka Lakukan: Pendidikan, Kelaparan dan kemiskinan

Wilayah:  EU (Kesatuan Eropah)
Organisasi Terpilih:  Fundacion APASCOVI
Apa Mereka Lakukan: Hak asasi manusia

Wilayah:  Jepun
Organisasi Terpilih:  Action against Child Exploitation
Apa Mereka Lakukan: Perlindungan dan keselamatan kanak-kanak

Wilayah:  Korea
Organisasi Terpilih:  Korean Association for Safe Communities (KASC)
Apa Mereka Lakukan: Keselamatan dan ketersediaan bencana

Wilayah:  Amerika Latin (Utara)
Organisasi Terpilih:  Peraj Mexico, A.C.
Apa Mereka Lakukan: Pendidikan

Wilayah:  Amerika Latin (Selatan)
Organisasi Terpilih:  CDI Chile
Apa Mereka Lakukan: Pendidikan

Wilayah:  LMS
Organisasi Terpilih:  Pusat Perkhidmatan Komuniti
Apa Mereka Lakukan: Kesihatan dan kesejahteraan komuniti

Wilayah:  Amerika Utara
Organisasi Terpilih:  American Foundation for Suicide Prevention, Citizen Schools
Apa Mereka Lakukan: Kesihatan mental dan keselamatan awam, Pendidikan

Wilayah:  Oceania
Organisasi Terpilih:  Rainforest Rescue
Apa Mereka Lakukan: Pemuliharaan Alam Sekitar

Wilayah:  Asia Tenggara
Organisasi Terpilih:  Philippine Business for Social Progress
Apa Mereka Lakukan: Pendidikan dan pemerkasaan komuniti

Wilayah:  Turki
Organisasi Terpilih:  Turk Egitim Vakfi (TEV)
Apa Mereka Lakukan: Pendidikan

Wilayah:  Vietnam
Organisasi Terpilih:  Alliance Anti Trafic
Apa Mereka Lakukan: Hak asasi manusia

Cara kami membantu

Organisasi yang menang dan penerima hadiah bernilai $100,000 adalah American Foundation for Suicide Prevention (AFSP) dan naib juara pula adalah Korean Association for Safe Communities (KASC) dengan geran bernilai $25,000.

AFSP memohon duit geran dan menggunakan ia untuk projek rancangan Project 2025 yang bertujuan untuk mengurangkan kadar bunuh diri sebanyak 20% di dalam AS sebelum 2025. Project 2025 menyasarkan empat titik pencegahan kritikal dan akan bekerjasama dengan rakan kongsi yang strategik untuk mempercepatkan penerimaan dan pelaksanaan strategi pencegahan bunuh diri berdasarkan bukti.

KASC menggunakan wang geran untuk meneruskan pendidikan keselamatan bencana kepada kanak-kanak di Korea. Menerusi program mereka dan rakan kongsi setempat, KASC bermatlamat untuk mengadakan latihan kesediaan kebakaran dan gempa bumi di 40 kemudahan ke pusat kebajikan kanak-kanak negara.