Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Pendidikan

City Year

Apa yang mereka lakukan

City Year percaya yang pendidikan mempunyai kuasa untuk membantu setiap pelajar mencapai potensi mereka. Walau bagaimanapun, bagi komuniti di kawasan kemiskinan yang tinggi, terdapat faktor luaran dan halangan dihadapi oleh pelajar setiap hari yang boleh mengganggu keupayaan mereka untuk menghadiri sesi persekolahan dan bersedia atau mampu untuk belajar. City Year berusaha untuk merapatkan jurang dalam komuniti kemiskinan tinggi di antara sokongan yang diperlukan pelajar dan reka bentuk sekolah serta sumber yang sedia ada. Dengan berbuat demikian, mereka dapat bantu menaikkan kadar pengijazahan di serata negeri dan mengubah kehidupan pelajar yang dibantu.

Cara kami membantu

Kami bangga kerana telah menyokong City Year sejak 2015 memberikan sokongan buat pelajar yang memerlukan di Los Angeles. Sebagai tambahan kepada tajaan program City Year LA (CYLA) Jordan High School di Watts, LA, kami bekerjasama dengan CYLA sepanjang tahun dalam beberapa program penglibatan termasuk hari-hari perkhidmatan tahunan kami.