Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

TL;DR: Ini merupakan standard komuniti kami merentas setiap permainan Riot [League of Legends, VALORANT, Teamfight Tactics, League of Legends: Wild Rift, 2XKO dan Legends of Runeterra]

Jika anda pernah mendalami mana-mana permainan kami, anda pasti tahu bahawa pemain memasuki queue dengan penuh bersemangat. Permainan kami tidak mudah dan itulah yang menjadikan setiap satu bermakna. Semangat membara yang mendorong kami untuk berusaha dengan lebih kuat, belajar dengan lebih pantas dan bekerjasama kadangkala melimpah menjadi tindakan mengganggu yang boleh merosakkan permainan.

Dalam setiap permainan berbilang pemain, terdapat sebilangan kecil pemain yang berkeras untuk sentiasa bersikap mengganggu. Kami sentiasa menambah baik sistem pengesanan kami untuk membuang pemain sebegitu daripada permainan kami secepat mungkin dan menghalang mereka daripada kembali melalui akaun alt. Namun dalam banyak kes, kelakuan mengganggu yang kami alami sebenarnya datang daripada pemain biasa yang sedang mengalami permainan yang sukar atau membawa hari mereka yang buruk ke dalam permainan. Teknologi dan alat dapat membantu kami membendung hal itu tetapi teknologi juga mempunyai hadnya. Kesudahannya, perubahan sebenar akan muncul apabila kami memilih untuk bermain dengan adil, bermain dengan hormat dan jika perlu, mengenal pasti waktu untuk log keluar.  

Kami faham, anda telah membaca pelbagai tatakelakuan sebelum ini dan telah menanda ruang itu untuk memasuki permainan. Namun adalah penting untuk kami saling bertanggungjawab: semakin banyak kami memberi komitmen untuk menuruti Pakatan Komuniti ini, semakin baiklah jadinya setiap permainan. 

Anggaplah Pakatan Komuniti ini sebagai buku panduan kepada bahagian Peraturan Pengguna dalam Terma Perkhidmatan kami—penekanan pada semangat terma tersebut, tetapi masih mengikat bagi semua orang yang memutuskan untuk memasuki queue dalam permainan Riot.

Main untuk Menang

Perlawanan yang bermakna ialah perlawanan yang menyaksikan setiap pemain sedang melakukan usaha terbaik mereka—biarpun peluang untuk menang adalah tipis. Saya akan berusaha dalam setiap permainan biar ketika sedang mendahului atau ketinggalan.

Contoh tidak bermain untuk menang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

Soalan Lazim

  • Kami juga merupakan pemain, dan sistem pengesanan kami telah dibina dan diuji oleh Rioter pada berbagai peringkat kemahiran dalam setiap permainan. Hal ini membantu kami dalam membangunkan perisian pengesanan yang dapat memberi kami pemahaman yang agak baik (tetapi tidak sempurna) tentang perkara yang dapat dilihat apabila seseorang sedang belajar cara bermain berbanding dengan sengaja mengganggu. Jangan risau, kami tidak akan memberi anda amaran hanya kerana membuat kesilapan atau sedang mencuba Champion atau Egen baharu semasa mempelajari cara bermain permainan kami.

  • Sesuatu pelanggaran akan dianggap tidak berlaku jika hal itu tidak menjejaskan sesiapa. Maksudnya, jika SEMUA pemain dalam mod itu mempunyai jangkaan yang munasabah untuk permainan kasual, dan tiada sesiapa yang melaporkan anda akibat pelanggaran itu, anda tidak akan menerima sebarang penalti. (Jadi, tiada masalah untuk permainan custom 5v5 "yordle sahaja" anda!)

    Namun untuk kebanyakan mod permainan, jangkaan asal adalah mudah: semua orang sedang bermain untuk menang. Bukan semua orang peduli tentang Ranked dengan kegigihan yang sama—ada yang mengejar pendakian, ada yang hanya mahukan perlawanan yang mantap—tetapi apabila anda memasuki queue, anda sedang membuat perjanjian dengan rakan sepasukan anda untuk memberikan usaha terbaik anda.

Main dengan Adil

Kemenangan sebenar hanya dicapai apabila semua orang bermain mengikut set peraturan yang sama. Saya akan mematuhi peraturan dan bermain dengan bermaruah & berintegriti.

Contoh tidak bermain dengan adil termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

Soalan Lazim

  • Tiada masalah untuk memiliki berbilang akaun, dengan sendirinya. Namun, menggunakan akaun alternatif untuk mendapatkan kelebihan kompetitif, menyediakan kelebihan kompetitif, mengelak penalti atau mengganggu pengalaman pemain lain tidaklah sebegitu. 

    Sebarang bentuk manipulasi kedudukan bukanlah bermain dengan adil dan akan mengakibatkan penalti apabila kami mengesan kelakuan tersebut. Hal ini termasuk boosting, boosting queue dan smurfing yang semuanya ditakrifkan di bawah. Sebagai peringatan, membeli, menjual atau memindahkan akaun melanggar Terma Perkhidmatan kami. 

Main dengan Hormat

Komuniti yang berkembang maju hanya wujud apabila pemain berasa gembira untuk masuk queue semula. Saya tidak akan mengambil hati atau membahayakan orang yang bermain dengan saya, biarpun permainan itu mengecewakan atau orang lain telah hilang sabar.

Contoh tidak bermain dengan hormat termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Menggunakan hinaan atau bahasa yang merendahkan kemanusiaan, menghina atau mengganggu, atau sebaliknya menyasarkan seseorang kerana identiti mereka 
  • Membuat ancaman, berniat untuk membawa mudarat atau sebaliknya menyasarkan seseorang dengan ganas, atau mengongsikan kandungan yang ganas
  • Menghantar spam kepada saluran komunikasi dengan bunyi yang berlebih-lebih atau kelakuan luar topik
  • Menggalakkan atau mendorong bunuh diri atau mencederakan diri sendiri
  • Melakukan gangguan seksual atau mengajak seseorang berjahat tanpa rela, atau mengongsikan kandungan yang bersifat seksual
  • Mengongsikan maklumat atau media peribadi seseorang, atau membuat ancaman untuk berbuat demikian
  • Menyamar atau terlibat dalam kelakuan mengelirukan yang lain
  • Mendorong atau melibatkan diri dalam aktiviti pengganas atau pelampau
  • Mengeksploitasi kanak-kanak bawah umur secara seksual dalam apa jua cara

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Perkhidmatan kami.

  • Kami faham. Tahap toleransi setiap orang terhadap omong kosong berbeza-beza, dan batasan itu tidak selalunya jelas. Secara umum, anda patut tumpukan omong kosong anda tentang permainan, bukan orangnya. Mengkritik taktik atau menghasut lawan tidak melanggar pakatan ini, tetapi menyerang identiti seseorang, membuat ancaman mudarat atau menghantar spam menghina berulang kali adalah melanggar batas. Beberapa kata-kata kesat atau jenaka ringan mungkin tidak membawa masalah—permainan kami dinilai 13+. Masalahnya ialah apabila kata-kata itu mula bersifat peribadi, menganiaya atau tidak terhenti-henti—itulah masanya apabila ia melanggar batas. Kami tidak mahu memberi ruang untuk ucapan kebencian dalam permainan kami.

    Kami tahu pemain datang dari pelbagai jenis budaya dan bahasa, jadi bukan semua jenaka atau komen akan diterima dalam cara yang sama. Jika berbilang pemain kerap melaporkan anda kerana cara anda berkomunikasi, itulah isyarat untuk mengurangkan kata-kata sebegitu dan tumpukan perhatian kepada permainan.

Atau main sesuatu yang lain.

Mematuhi pakatan komuniti mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk semua pemain. Jika pemain melanggar perjanjian ini, Riot boleh membatalkan akses mereka kepada ciri tertentu, bahkan keupayaan untuk bermain.
  • Penalti wujud untuk melindungi permainan dan para pemain yang menghormatinya. Gangguan menjadikan permainan yang kami ambil berat tidak seronok dimainkan dan kami wujud untuk melindungi pengalaman yang diniatkan itu. Penalti memastikan tumpuan adalah pada permainan, bukan menangani gangguan. 

  • Penalti berskala dengan keterukan kesalahan dan sejarah kelakuan anda. Isu kecil selalunya bermula dengan ringan dan menjadi lebih buruk jika hal itu berterusan. Kesalahan serius atau berulang boleh mengalihkan anda terus kepada penggantungan yang lebih panjang, penalti merentasi semua permainan Riot bahkan penggantungan kekal.

    Tiada peraturan “tiga strike”. Jika perkara yang anda lakukan cukup serius, akaun anda boleh digantung secara kekal pada kesalahan pertama. 

    Penalti boleh termasuk:

    • Amaran – Mesej peringatan tanpa sekatan.
    • Lengahan – Permainan dilengahkan untuk tempoh yang lama.
    • Sekatan – Pengehadan sementara atau penghilangan akses kepada ciri tertentu, seperti chat dalam permainan atau ciri komunikasi lain.
    • Penggantungan Berasaskan Masa – Penahanan sementara permainan.
    • Penggantungan Akaun Kekal – Penahanan kekal permainan (akaun tunggal).
    • Larangan Perkakasan - Penahanan kekal permainan (peranti fizikal).
  • Kesalahan pasti berlaku, dan ketika itu, suara anda adalah penting. Tiada sistem yang sempurna dan kadangkala penalti mungkin dikenakan secara salah atau terlepas apabila patut dikenakan. Jika anda percaya bahawa sesuatu penalti telah dikenakan secara salah, anda boleh membuat rayuan dengan menghubungi Sokongan Pemain. Kami akan menyemak kes itu secara manual dan jika kami telah tersalah, kami akan membetulkan kesilapan tersebut.

     

  • Laporan anda bermakna—ia membantu kami memastikan pakatan ini kekal kukuh. Apabila seseorang pemain yang anda laporkan dikenakan penalti, anda mungkin akan menerima maklum balas yang mengesahkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi kami tidak akan sentiasa berkongsi butiran yang tepat untuk melindungi privasi pemain. Di sebalik tabir, laporan akan disemak dan penalti akan dikenakan apabila peraturan telah dilanggar. Kami sedang berusaha mencari cara yang lebih baik untuk melengkapkan kitaran ini, untuk memudahkan anda melihat waktu-waktu laporan anda meninggalkan kesan.

    Kadangkala anda mungkin akan melihat seseorang pemain memasuki queue semula selepas dilaporkan. Ini tidak bermaksud laporan itu telah diabaikan—sebagai contoh, beberapa penalti bermula sebagai bisuan komunikasi, yang mengehadkan keupayaan pemain itu untuk mengganggu tanpa membuang mereka daripada permainan. Kesalahan yang lebih serius atau berulang boleh menjurus kepada penggantungan atau larangan, dan semakin mengganggu atau diulang-ulang kelakuan tersebut, semakin teruklah penalti yang dikenakan.

  • Ya! Penalti direka bentuk untuk membuatkan pemain – bukannya akaun – bertanggungjawab atas sesuatu tindakan. Akibatnya, penalti boleh dikenakan kepada akaun utama anda dan sebarang akaun lain yang dipautkan kepada anda. Jika sistem kami mengesan bahawa anda telah memasuki akaun alternatif ketika akaun lain yang anda miliki sedang dikenakan sekatan atau penggantungan, penalti itu mungkin akan dikenakan kepada akaun alternatif itu juga. Tambahan lagi, jika anda terus menjadi gangguan pada akaun baharu anda, penalti berkemungkinan akan terkumpul merentas akaun, termasuk akaun utama anda dan mengakibatkan penalti yang lebih berat. 

Daftar Kata

  • Jauh Dari Papan Kekunci (AFK): Berada “jauh dari papan kekunci” ketika anda sepatutnya sedang bermain.
     
  • Menggunakan Bot: Apabila seseorang menggunakan perisian atau perkakasan pihak ke-3 untuk menaikkan level akaun, mengaktifkan perkara atau sebaliknya menjanakan nilai akaun secara buatan—secara asasnya memalsukan kemajuan dan bukannya bermain demi kemajuan.
     
  • Bisuan Komunikasi: Penahanan sementara daripada menggunakan alat komunikasi dalam permainan, biasanya chat teks dan suara.
     
  • Gugur Kedudukan: Cuba kalah dalam permainan secara sengaja dengan niat untuk merendahkan kedudukan anda.
     
  • Griefing: Apabila seseorang merosakkan permainan untuk orang lain secara sengaja—trolling, membunuh pasukan sendiri atau menimbulkan huru-hara semata-mata.
     
  • Ucapan Kebencian: Bahasa yang menyerang atau merendah-rendahkan seseorang berdasarkan identiti mereka—seperti bangsa, jantina, kewarganegaraan atau sifat dilindungi mereka yang lain.
     
  • Larangan Perkakasan / HWID: Larangan yang menyekat peranti sebenar anda, bukan sahaja akaun anda—supaya akaun baharu pun tidak boleh log masuk daripada perkakasan tersebut.
     
  • Hitchhiking (yakni Boosting Queue): Apabila pemain berkemahiran rendah memasuki queue dengan pemain berkemahiran tinggi—mungkin juga pemain tipu—yang sistem matchmaking biasanya tidak akan biarkan anda berdua bermain bersama-sama, untuk naik kedudukan dengan lebih cepat dan melebihi kemampuan normal pemain tersebut.
     
  • Feeding Secara Sengaja / Inting: Sejenis sabotaj. Apabila seorang sekutu mati dengan sengaja untuk meningkatkan kekuatan pasukan musuh (iaitu “memberi” gold kepada musuh).
     
  • Menjadikan Lobi Sebagai Tebusan: Membuat ancaman untuk meninggalkan atau mensabotaj permainan jika pemain lain tidak membolehkan pemain tersebut memilih watak/peranan yang diingini.
     
  • Pengaturan Perlawanan: Apabila pemain mengatur atau sengaja kalah suatu perlawanan—selalunya untuk tujuan pertaruhan atau keuntungan peribadi. Hal ini merosakkan permainan yang adil dan membawa akibat yang serius. Hai ini selalunya, tetapi tidak sentiasa, melibatkan berbilang pemain yang berpakat sulit bersama.
     
  • Penggantungan Kekal (yakni Permaban): Sekatan yang memotong akses kepada seluruh permainan, sama ada melalui akaun individu atau seluruh peranti anda (rujuk larangan HWID), tanpa tarikh tamat yang ditetapkan.
     
  • Boosting Queue: Sila rujuk hitchhiking
     
  • Mengelak Queue: Apabila seorang pemain memutuskan untuk meninggalkan lobi permainan semasa pemilihan watak atau peranan atas sebarang sebab.
     
  • Manipulasi Kedudukan: Sebarang kelakuan yang disengajakan dengan tujuan untuk menjejaskan sistem kedudukan permainan (MMR, elo atau peletakan peringkat) termasuk boosting (yakni hitchhiking), gugur kedudukan dan win-trading.
     
  • Mensabotaj: Apabila seorang pemain sengaja menghalang prestasi pasukan sendiri, biasanya dengan niat untuk kalah dalam perlawanan. 
     
  • Scripting: Apabila seorang pemain menggunakan perisian (atau perkakasan) pihak ke-3 untuk mengambil tindakan automatik (cth: sasar auto atau elak auto) atau bertindak balas terhadap peristiwa dalam permainan bagi pihak pemain tersebut.
     
  • Smurfing: Sejenis manipulasi kedudukan yang menyaksikan pemain berkemahiran tinggi dengan sengaja—biasanya melalui pembelian akaun, gugur kedudukan atau perkongsian akaun—cuba memintas sistem matchmaking supaya menang menentang lawan yang kurang mahir.
     
  • Boosting Solo: Apabila seorang pemain berkedudukan tinggi memasuki akaun orang lain untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik demi pemain tersebut tanpa usaha sendiri. Pada asasnya, menipu tangga ranked.
     
  • Ketoksikan: Istilah yang terlalu luas yang secara amnya merujuk kepada “membawa mudarat atau tidak menyenangkan”. Memandangkan hal ini tidak khusus dan secara amnya tidak membantu, kami cuba mengelak daripada menggunakan istilah ini.
     
  • Win-Trading: Sejenis penipuan yang melibatkan pakatan sulit antara pihak lawan, selalunya menggunakan akaun alternatif, dengan berbilang pemain bersetuju untuk sengaja gagal atau kalah dalam permainan untuk membantu pemain yang satu lagi meningkatkan kadar kemenangan dan/atau kedudukan pemain tersebut.