Cincin dan permata, Xayah dan Rakan, Discord dan permainan, sesetengah perkara cukup cocok bersama-sama. Discord dilahirkan pada bulan Mei 2015 dan sejak itu Discord menjadi platform tempat orang ramai berkomunikasi, bertemu rakan dan berkumpul di sekitar permainan semua genre. Untuk meraikan hari lahir Discord, kami mencipta emote baharu untuk para moderator, wira platform ini yang tidak didendang.

Dengan beberapa komuniti utama yang tertuju khusus untuk permainan Riot, Discord telah menjadi bahagian penting dalam cara pemain mengalami permainan kami setiap hari.

"Sejak hari-hari terawal permainan, orang ramai mencari tempat untuk berkumpul, membina hubungan masa nyata dan berkongsi minat mereka terhadap permainan video. Discord telah memainkan peranan utama dalam menyediakan tempat untuk komuniti pemain dan peminat global Riot untuk berkumpul dan bercakap tentang champion dan ejen kegemaran mereka, membincangkan cadangan untuk patch yang akan datang, meraikan permainan paling epik mereka, dan, sudah tentu, menyelesaikan keperluan LFG yang tidak pernah hilang,” kata Erin Wayne, Ketua Komuniti Pemain Global di Riot Games.

Mencipta dan mengatur komuniti bukan berlaku begitu sahaja, hal ini memerlukan usaha daripada moderator yang mengadakan acara, menerima maklum balas, bekerjasama dengan pembangun dan menjadikan pelayan Discord mereka tempat pemain ingin melepak.

Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada moderator tersebut dan memberi mereka tanda penghargaan kami yang unik atas kerja yang telah mereka lakukan untuk mencipta dan memupuk komuniti.

Pek emote baharu ini merangkumi watak dan permainan kami dengan tumpuan untuk mencipta corak nada baharu pada beberapa emote paling terkenal yang dilihat di seluruh Discord, Twitch dan semua komuniti permainan.

 

Free Riot Emotes for Discord's Birthday Celebration

 

Berikut ialah emote-emote baharu tersebut:

  • I Heart My Mod
  • Wumporo
  • Celebratory Fist Bump
  • Brimstone KEKW
  • Wingman Vibe
  • Widejoy (R/L)
  • Unbothered Reyna
  • Double Cyphers (R/L)
  • Shocked Zeri
  • Teemo GG
  • Sett Ups
  • Thinking Pengu
  • Pengu PogO
  • Awkward Shorky
  • Keep Going Jhin
  • Lissandra Facepalm
  • Yuubee Happy
  • Yuubee Mad

Anda boleh memuat turun keseluruhan pek menggunakan pautan di bawah!

Selamat hari lahir, Discord! Semoga banyak lagi kenangan, sebutan dan permainan tengah malam bersama rakan-rakan.