Daripada Sailor Moon hingga Puella Magi Madoka Magica, genre Gadis Magik atau mahō shōjo telah menjadi kegemaran peminat anime selama beberapa dekad. Sambil para wira mengemudi perhubungan sekolah pada siang hari dan tugas adiwira pada waktu malam, genre Gadis Magik memperkasakan wanita muda, menunjukkan kepentingan kawan baik, meraikan gambaran tulen tentang diri seseorang dan sudah tentu, menampilkan banyak aksi menyelamatkan dunia yang mengagumkan.

Kami peminat tegar genre ini, jika anda tidak tahu. Star Guardian adalah penghormatan kami kepada Gadis Magik dan, selepas beberapa tahun terhenti, kami teruja untuk membawanya kembali secara lebih besar daripada sebelumnya pada tahun 2022. Pusat anda untuk segalanya tentang Star Guardian adalah starguardian.riotgames.com/ms-my/. Laman web interaktif ini akan mempamerkan hampir semua perkara yang berlaku merentas semua permainan sepanjang event tersebut. Anda akan menemui kisah, muzik, video dan banyak lagi. Jadi lawatlah starguardian.riotgames.com/ms-my/ dalam masa beberapa minggu ini untuk memastikan anda tidak ketinggalan apa-apa.

Tetapi sama ada anda peminat lama anime atau hanya suka melihat realiti alternatif ini untuk watak kegemaran anda, berikut adalah pandangan dari mata Valor tentang segala-galanya yang akan datang ke event Star Guardian tahun ini!

Everything Goes On

Kami sangat seronok untuk bekerjasama dengan Porter Robinson untuk event ini. Vokalis, penulis lagu dan penerbit ini terkenal kerana membawa bunyi yang unik dan menarik untuk setiap lagu yang disentuhnya, dan untuk Star Guardian, Porter Robinson bekerjasama dengan komposer Riot Games Brendon Williams untuk menerbit dan menulis Everything Goes On. Lagu ini mengisahkan dua orang Star Guardian, masing-masing secara berasingan menerima kehilangan mereka dan mencari kemahuan untuk meneruskan hidup dengan rakan baharu mereka.

Lagu ini akan tersedia untuk distrim di semua platform penstriman utama pada 14 Julai dan jangan lupa untuk menonton video muzik Everything Goes On di YouTube Premiere pada pukul 11 malam GMT+8.

porter-robinson-everything-goes-on

 

Bintang Baharu di Langit

Lelaran keempat siri Star Guardian ini akan menyaksikan wajah segar menyertai watak kegemaran lama dalam pengembaraan serba baharu. Sepanjang event selama sepuluh minggu, League of Legends, Wild Rift dan Legends of Runeterra akan mempunyai pengembaraan Star Guardian mereka sendiri. 

Merentas ketiga-tiga permainan tersebut, 17(!) champion akan menerima skin Star Guardian tahun ini. Paling banyak yang pernah kami lakukan untuk sesuatu event. Berikut adalah senarai penuhnya: 

SGKA-ingame

Dalam League of Legends: Wild Rift, tenaga baharu terpancar keluar dari Valoran City yang memanggil Star Guardian veteran untuk menyiasat.

  • Skin: Star Guardian Orianna, Seraphine, Ahri, Senna, Xayah, Rakan, dan Miss Fortune; Redeemed Star Guardian Rakan dan Xayah
chaos-hound

Berlaku serentak di samping kisah dalam League of Legends PC, dalam Wild Rift, Xayah kembali ke Valoran City selepas mengikuti tenaga yang dia kenal pasti sebagai tenaga Rakan yang terosak.

Dia telah membawa bersama pasukan baharu yang terdiri daripada Star Guardian veteran, iaitu Senna, Seraphine dan Orianna; jika bersatu, mereka akan berpeluang menyelamatkan Star Guardian kacak yang jatuh itu. Dalam pengalaman naratif dalam klien Wild Rift, pemain-pemain akan menyaksikan perjalanan Xayah secara langsung. Mereka akan menaikkan level skuad mereka dan familiar mereka melalui satu siri misi dalam permainan, melawan monster kekacauan dalam pertemuan pertempuran, dan mengikuti para Guardian yang tidak kenal takut sambil mereka belajar untuk memaafkan dan menjalin persahabatan baharu.

 

sg-gwen

Dalam Legends of Runeterra sekumpulan heroin lama dan baharu tiba untuk menyelamatkan keadaan! Bersama beberapa rakan baharu:

  • Skin: Star Guardian Gwen, Kai'Sa, Jinx, Senna, Quinn, Taliyah, Lulu, Soraka
    • Selain itu, Star Guardian Kai’sa membuat penampilan sulung sebagai skin Legenda pertama LoR, lengkap dengan seni kad eksklusif, baris suara baharu dan animasi naik level yang unik
  • Guardian: Star Guardian Drake dan Gwen Doll
  • Papan: Papan Legenda Starlight Stage
  • Emote & Cardback baharu

 

SG_ KV2_R-0525_jshiDC_FINAL

Dalam League of Legends, kami mengalu-alukan seorang champion serba baharu, serta seorang Star Guardian baharu dan musuh mereka yang rosak dari tempat yang tidak dijangka.

  • Champion: Nilah the Joy Unbound (ADC)
  • Skin: Star Guardian Akali (Legenda), Kai’Sa (Legenda), Ekko, Sona, Taliyah, Quinn, Nilah, dan Rell; Star Nemesis Morgana dan Fiddlesticks; Prestige Star Guardian Ekko dan Syndra
  • Event Pass Star Guardian
  • Ultimate Spellbook kembali
  • Emote, Chroma, dan Ward baharu
nilah

Selain itu, kami akan melancarkan pengalaman naratif dalam klien serba baharu yang dipanggil Star Guardian: Another Sky. Kejahatan yang tidak dikenali sedang mengintai dalam bayang-bayang Valoran City. Seiring dengan kemunculan ancaman ini, pasukan Star Guardian baharu turut muncul, diketuai oleh Kai'Sa yang tiada tandingan dan rakan baiknya Akali.

sg-kaisa

Pemain akan melangkah masuk sebagai Kai'Sa sambil dia membimbing skuadnya yang tidak terlatih, mengikuti perjalanan mereka daripada pelajar sekolah menengah biasa kepada champion First Star. Melalui permainan LoL dan TFT, pemain akan membuat kemajuan melalui kisah cinta dan kehilangan, kemaafan dan persahabatan yang menambat hati. Pada masa yang sama, dengan menyelesaikan misi champion dalam permainan, mereka akan mengeratkan "hubungan" mereka dengan pelbagai Guardian, mengaktifkan ganjaran dan menemui kisah baharu sepanjang perjalanan.

 

Sessions: Star Guardian Taliyah

sessions-star-guardian-taliyah

Riot Games Music juga telah bekerja keras untuk mencipta set muzik yang selamat untuk pencipta, yang khas bertemakan Star Guardian. Sessions: Star Guardian Taliyah meneroka detik masa antara Taliyah dan Fiddlesticks melalui perjalanan muzik yang mengisahkan interaksi dan kenakalan mereka yang lebih besar daripada hakikat sebenar. 

Direka bentuk supaya ia percuma untuk digunakan sepenuhnya untuk pencipta, ini merupakan album Sessions ketiga dan menampilkan muzik tari dan elektronik yang turut bermain dalam ruang glitch pop, future funk dan kawaii bass. Barisan artis berbakat yang luas menyumbang kepada album ini termasuk 3D Blast, bear bear & friends, chromonicci, ev.exi, FIBRE, Hyleo, leon chang, Mélonade, Mere Notilde, Rob Robinson, Semoothe, Snail's House, Strawberry Station, suteki, Synthion, dan TANUKI. Album ini kini tersedia di semua platform penstriman.

 

Guardian Menyumbang Kembali

guardians-give-back

Kami juga akan mengaktifkan Dana Impak Sosial Riot Games semasa Star Guardian untuk menyokong badan bukan untung di seluruh dunia! Pemain-pemain akan berupaya menyokong badan amal dalam pelbagai cara sepanjang event:

Dalam Wild Rift, untuk setiap 10 monster kekacauan yang dikalahkan oleh pemain antara 14 Julai dan 11 Ogos dalam pengalaman naratif dalam klien, Riot Games akan menyumbang $1 kepada Dana Impak Sosial Riot Games, sehingga $2 juta!

Dalam League of Legends, dari 14 Julai hingga 15 Ogos, Riot akan menyumbang 20% hasil dari Event Pass Star Guardian kepada Dana Impak Sosial Riot Games dalam kerjasama dengan ImpactAssets.

Dari 28 Julai hingga 29 Ogos, Riot akan menyumbang 100% hasil dari jualan Star Guardian Taliyah dan semua bundle berkaitan kepada Dana Impak Sosial Riot Games. Inilah semua item yang layak:

  • Star Guardian Taliyah (skin sahaja)
  • Set Bingkai Star Guardian Taliyah
  • Bundle Chroma Star Guardian Taliyah
  • Bundle All-Star Star Guardian Taliyah