Di Turki, gaming bukanlah sesuatu yang selalunya mudah. Pada awal tahun 2000, penerbit dan pengedar utama permainan tidak mengendahkan pangkalan pemain Turki yang bersemangat untuk bermain permainan mereka, sehinggakan pemain terpaksa mendapatkan salinan permainan popular yang cetak rompak. Antara pemain yang sentiasa memburu permainan terbaru ialah Hasan Colakoglu. Hari ini, beliau ialah Naib Presiden Riot Antarabangsa, beliau memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti yang kekal lama dengan menyetempatkan pengalaman pemain. Tetapi pada tahun 2003, beliau merupakan salah seorang pemain Turki yang tercari-cari pengalaman bermain yang lebih baik. Bosan dengan pencarian itu, beliau memilih untuk berusaha menyediakan penyelesaian. 

"Saya mahu karier saya tertumpu kepada meningkatkan kualiti hidup pemain Turki," kata Hasan. "Itulah matlamat Avaturk, syarikat permulaan pertama saya. Kami mengedarkan box games dan mengendalikan beberapa pelayan kompetitif dalam permainan seperti Unreal Tournament, Counter-Strike dan FIFA. Dari situ, kami telah bekerjasama dengan World Cyber Games di luar Korea yang menganjurkan peringkat terawal e-sukan." 

Pada masa itu, ruang permainan kompetitif masih bersifat khusus. Menjelang tahun 2005, syarikat Hasan mengalami masalah kewangan dan terpaksa ditutup. Tetapi misinya tidak pernah berubah. Dalam pencariannya untuk perkara yang akan datang, beliau mendapat tahu bahawa salah satu jenama permainan yang paling digemari bakal datang ke Turki. 

"Saya mendapat tahu Nintendo akan membuka pejabat pengedarannya di Turki," kata Hasan. "Saya menjadi pengurus negara untuk Nintendo ketika zaman keemasannya. Kami telah mengeluarkan DS, 3DS dan beberapa permainan yang hebat. Ia sangat menyeronokkan. Tetapi minat saya sentiasa dalam permainan PC yang kompetitif." 

Pada kemuncak generasi konsol, model perniagaan Riot dianggap agak pelik. Memfokuskan sepenuhnya pada satu permainan yang percuma dan dimainkan PC sahaja, League of Legends bertembung dengan model permainan tradisional. Tetapi bagi Hasan, inilah jenis permainan yang diminatinya. 

"Saya telah bertemu dengan Nicolo pada tahun 2011, setelah saya membaca tentang kejayaan Riot yang semakin meningkat," kata Hasan. "Saya meminta lesen penerbitan untuk membawa LoL memasuki Turki. Namun saya telah dimaklumkan bahawa Riot tidak akan memberikan lesen, melainkan untuk keadaan yang luar biasa. Tetapi beliau memberitahu saya, ‘Jika anda berminat dengan permainan ini, kami sedang mencari seseorang untuk pejabat di Turki pada masa ini.’" 

Selepas proses temu duga yang panjang - sesuatu yang tidak berubah di Riot selama sedekad berikutnya - Hasan berjaya menyertai Riot sebagai pekerja pertama di Turki. Pada masa itu, Riot telah mempunyai 400 pekerja. Kini, Riot mempunyai lebih daripada 4,000 pekerja dengan 20+ pejabat di seluruh dunia. Apabila Hasan membuka pejabat di Istanbul pada tahun 2012, pejabat tersebut ialah pejabat keenam Riot.

"Saya menumpukan pada penyetempatan permainan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pemain Turki," kata Hasan. "Perkara ini belum pernah wujud ketika itu. Bagi pemain, ia adalah sesuatu yang sama sekali berbeza daripada yang biasa mereka lakukan. Permainan ini berkembang dengan cepat, ia telah menjadi permainan yang terkenal dan e-sukan yang utama di Turki." 

Sebagai pengurus negara untuk Turki, Hasan cuba menyampaikan pengalaman yang diingininya sebagai pemain. Tetapi untuk benar-benar memahami cara pemain mengalami permainan ini, beliau menggunakan strategi yang luar biasa. 

"Sebelum League of Legends dilancarkan di Turki pada tahun 2012, saya telah mencadangkan idea unik untuk tidak mengambil ejen sokongan pemain luar," Hasan ketawa. ‘Kami mempunyai 30 Rioter di sini dan saya mahu semua orang lebih memahami perjalanan pemain.’ Maka kami telah meminta semua Rioter menjawab 20-30 tiket pemain sebagai tambahan kepada tugas biasa mereka. Kami mengendalikan segala-galanya daripada pemindahan pelayan kepada isu dengan sistem tribunal pemain yang kami ada ketika itu. Saya rasa perkara ini tidak akan dilakukan lagi dalam sejarah Riot, atas sebab yang baik." 

 

 

Walaupun pasukan telah mempelajari kepentingan ejen sokongan pemain yang khusus, percubaan itu memberikan pandangan penting secara langsung tentang cara pemain mengalami League of Legends apabila ia dilancarkan di Turki. Pejabat tersebut telah berkembang daripada Hasan seorang sahaja, kepada 30 pekerja semasa pelancaran, dan kemudiannya lebih daripada 60. Riot juga turut berkembang ketika pejabat di Turki berkembang. Dan perubahan perlu dibuat untuk mencerminkan syarikat dan pangkalan pemain yang semakin berkembang. 

Pada tahun 2016, Hasan telah berpindah ke ibu pejabat utama di Los Angeles, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan untuk bahagian Pasaran Baru Muncul. Pasaran baru muncul ini terdiri daripada Brazil, Turki, Rusia dan Mexico. Walaupun budaya dan komuniti di negara ini berbeza, cara mereka mengalami permainan sebenarnya agak sama. 

"Pemain tetap pemain. Walaupun terdapat cabaran bahasa dan kadangkalanya cabaran daripada pihak kerajaan, tetapi apabila anda memikirkan cara pemain bermain di kafe siber Vietnam dan cara pemain bermain di kafe siber Turki, pengalamannya adalah sama," kata Hasan. 

Jadi matlamatnya adalah memastikan bahawa pejabat global Riot bekerja secara kolaboratif. Mereka perlu berkongsi pembelajaran mereka sendiri. Dan mereka memerlukan lebih banyak sokongan daripada pejabat utama. 

"Pada peringkat awal pejabat-pejabat negara kami agak bebas," katanya. "Mereka terpaksa memikirkan cara menjalankan perniagaan di kawasan mereka dengan cara mereka sendiri. Jadi perkara yang perlu kami lakukan ialah memikirkan cara untuk memusatkan fungsi dengan cekap, pasukan global boleh memberikan nilai lebih daripada pasukan tempatan. Perkara ini memberi kebebasan kepada pasukan tersebut supaya mereka benar-benar boleh berhubung dengan pemain di rantau mereka dengan mewujudkan pengaktifan hiper-tempatan." 

Kepimpinan Riot terdiri daripada bekas pengurus negara. Hasan bekas pengurus negara di Turki. Hannes Seifert pula bekas pengurus negara di Jerman, kini mengendalikan operasi Eropah. Lorena Batarse bermula dengan operasi di Amerika Latin, kini beliau menguruskan penerbitan di Amerika. Alex Kraynov ialah bekas pengurus negara di Rusia, kini mengendalikan penerbitan APAC.

Pengurus negara adalah antara peranan terpenting di Riot. Mereka bertanggungjawab secara langsung untuk pelbagai fungsi daripada e-sukan kepada perhubungan kerajaan dan memupuk kerjasama. Untuk rantau mereka, mereka merupakan suara pemain kepada seluruh Riot yang menyampaikan cara pemain bermain dan perkara yang mereka perlukan untuk memperdalam keseronokan mereka terhadap permainan Riot. 

Sejak Hasan menjadi pengurus negara, peranan telah berubah untuk membolehkan pengurus negara menumpukan pada perkara yang benar-benar penting kepada pemain di rantau mereka.

"Saya mengendalikan League of Legends di Turki dengan 60 orang," kata Hasan. "Kini, pengurus negara Erdinc Iyikul mempunyai pasukan yang terdiri daripada 15 Rioter, meliputi 5 permainan dan bilangan pemain tiga kali ganda lebih ramai daripada bilangan yang ada ketika saya berada di situ. Ia tidak mustahil kerana perubahan yang kami lakukan sebagai sebuah syarikat dan perkara yang telah kami alihkan daripada peranan pengurus negara, mereka tidak bertanggungjawab untuk menjalankan setiap aspek permainan lagi. Kami terpaksa beralih kerana kami telah berkembang supaya pengurus negara tidak perlu mengorbankan resonans pemain dan keupayaan tempatan." 

Tetapi masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Dengan berbilang permainan dan hartanah hiburan sekarang, dan banyak lagi akan datang, kami meningkatkan usaha penerbitan kami untuk memastikan semua pemain dapat mengalami permainan dengan cara yang terbaik. Hal ini bermakna kami akan teruskan mengambil Rioter baharu yang bersemangat untuk setiap pejabat kami. Hal ini bermakna membuka pejabat baharu untuk membawa Rioter lebih dekat dengan pemain di rantau mereka. Dan hal ini juga bermakna mengubah cara kami beroperasi sebagai sebuah syarikat untuk memastikan setiap pejabat, sama ada di Turki, Brazil, Jepun atau mana-mana bandar global lain yang kami anggap sebagai tempat kami, bekerjasama dalam usaha mengutamakan pengalaman pemain.