Dari seluruh dunia, mereka yang mempunyai jiwa terbangkit diberikan jemputan untuk bertempur dalam Tournament of Souls! Kejohanan ini bertakhta sebagai raja segala hiburan, persembahan televisyen yang tiada tandingannya! Pejuang berdepan dalam pertempuran 1v1 di gelanggang, sehingga hanya satu yang tinggal untuk menerima hadiah mereka: keinginan terdalam jiwa mereka!

Jiwa-jiwa pejuang ini terbangkit melalui ujian di medan pertempuran mahupun di ceruk paling dalam fikiran. Setiap pejuang diberikan keupayaan unik yang mencerminkan sifat mereka dan kuasa untuk memunculkan inti pati semangat mereka. Ada yang mengasah kekuatan mereka, membajainya dengan latihan, sementara yang lain menggunakannya hanya sebagai senjata untuk memusnahkan. Mereka ialah... SOUL FIGHTER!

Panduan ini adalah yang pertama daripada siri dua bahagian. Nantikan Panduan Cosplay Soul Fighter: Pusingan 2!

Pakaian Soul Fighter

Dunia Soul Fighter dihuni oleh pelbagai pahlawan-pahlawan yang mengenakan pakaian berbeza-beza untuk menyerlahkan lagi persona juang mereka yang unik. Pejuang-pejuang ini selalunya tegap dan membiarkan otot mereka terpampang. Kostum mereka menampilkan potongan bergeometri, menggunakan fabrik yang bersih dan berani beraksenkan hiasan yang ringkas. Perincian logam dipaparkan di seluruh kostum, tetapi selalunya pada zip atau tali pinggang kulit. Tali pinggang sebegitu selalunya menampilkan kancing unik bersaiz besar yang digayakan sebagai simbol yang mewakili keperibadian pejuang yang memakainya. Perkara yang paling penting, setiap pejuang menzahirkan jiwa mereka sebagai keupayaan atau senjata yang unik. Perkara yang dipanggil "kuasa jiwa" ini digambarkan sebagai terdiri daripada nyala api semangat seseorang yang berapi-api, yang dibentuk menjadi bentuk bertenaga dan berwarna-warni yang menyatakan identiti terdalam seorang soul fighter. Api jiwa terdiri daripada warna teras yang terang; warna badan utama kedua; dan, akhirnya, warna aksen gelap yang menari-nari di sepanjang permukaan senjata atau keupayaan yang dimanifestasikan oleh seseorang pejuang.

Jika anda kelihatan seperti mimpi anime dengan unsur permainan pertarungan yang melangkah terus dari skrin? Tahniah, anda telah berjaya!


Samira

League of Legends Soul Fighter Cosplay Guide Samira


MAKLUMAT WATAK  

Seorang pemburu ganjaran terkenal yang tidak boleh duduk diam kerana dia SENTIASA memburu keseronokan seterusnya! Pakar senjata ini boleh menggunakan setiap alat berbahaya di dalam (dan di luar!) koleksi senjatanya untuk bertempur dengan BERGAYA dalam Tournament of Souls! Tuan rumah kami yang baik hati lebih baik tidur dengan sebelah mata, kerana khabar angin mengatakan ratu ini mahu merebut takhtanya! Berikan laluan untuk… SAMIRA!

MAKLUMAT PAKAIAN 

Samira mempunyai jaket merah menyala dengan reka bentuk bahagian bawah yang menarik secara visual. Anda boleh melihat unsur ini dalam ekor kot panjang dan sarung pistolnya yang mempunyai bentuk dibesar-besarkan dengan banyak tali pinggang dan kancing. Secara keseluruhan reka bentuk pakaian Samira adalah tidak simetri dengan ekor kot yang panjang dengan tali yang berbeza-beza pada kakinya. Walaupun jaket Soul Fighter Samira berwarna merah terang, pakaiannya juga mencampurkan beberapa warna lain pada bahagian-bahagian lain. Hitam dan putih merupakan warna utama di bahagian bukan jaketnya, tetapi terdapat juga coretan biru elektrik pada tocang Samira. Warna ini sepadan dengan pistolnya yang lain, dan bercampur dengan merah terang pada pedangnya. Terdapat juga perincian rantai yang menyerlahkan pakaiannya secara menyeluruh dari rambutnya hingga ke ekor jaketnya. 

NOTA REKA BENTUK 

Jika Viego merupakan antagonis event ini, maka Samira merupakan protagonisnya dan memastikan kami mencipta kontras antara kedua-duanya adalah matlamat yang besar semasa kami mereka bentuk kedua-dua pakaian mereka. Untuk membantu dalam mencapai matlamat tersebut dan menekankan perkara ini, kami menjadikan jaket Samira berwarna merah menyala. Memandangkan Samira ialah seorang ratu yang mahir merantai kombo di Rift, kami tahu dia juga boleh menggayakan gabungan pelbagai warna dalam pakaian Soul Fighternya. Perincian rantai di seluruh pakaiannya digunakan untuk menyampaikan bahawa kuasa mata dewa berada di bawah kawalan Samira dan terikat kepadanya dengan rantai. Perkara ini juga merupakan cara yang bagus untuk membesar-besarkan pergerakannya dan juga menambahkan gerakan yang menarik untuk serangannya yang mencolok di dalam gelanggang.


Sett

League of Legends Soul Fighter Sett Cosplay Guide


MAKLUMAT WATAK

Pejuang ini tiba untuk membuktikan bahawa penumbuk BOLEH menjadi jawapan kepada segala-galanya! Mengandaikan persoalan segala-galanya itu ialah "bagaimanakah seseorang itu memenangi kejohanan tempatan yang paling banyak dalam sejarah yang direkodkan?" Dan dia bukan sahaja melakukannya untuk kelihatan baik—walaupun itu adalah bonus yang bagus—dia mendaki ke arah menjadi legenda soul fighter untuk membanggakan ibunya. Inilah Sssssett!

MAKLUMAT PAKAIAN 

Pakaian Sett secara keseluruhannya longgar dan warna utamanya ialah biru laut dengan sedikit warna ungu terang secara menyeluruh. Seluarnya diilhamkan oleh seluar Gi, dan dia membalut kakinya dengan kain pembalut putih. Di bawah sarung tangan dia juga membalut tangannya dengan kain pembalut putih yang sama. Walaupun kebanyakan fabrik yang dipakainya ringan dan lapang, dia juga memakai tali pinggang kulit berwarna coklat pada kaki seluar, dada dan bahunya. Terdapat juga mahkota emas kecil yang memperincikan pakaiannya. 

NOTA REKA BENTUK

Memandangkan Sett mahu menggunakan penumbuknya, apabila mereka bentuk pakaiannya untuk Soul Fighter, adalah penting untuk mencipta reka bentuk yang menawarkan kebolehgerakan tinggi (lebih kondusif untuk menumbuk muka lawan). Kami juga menyertakan lilitan di bawah sarung tangan dan kakinya untuk memberinya lebih kestabilan yang juga bertindak sebagai kusyen semasa dia memberikan pukulan kepada sesiapa sahaja yang tidak bernasib baik untuk terserempak dengannya. Dan sudah tentu kerana dialah bos, kami perlu menambahkan beberapa butiran mahkota emas kecil untuk menunjukkan cara Sett benar-benar berfikir tentang dirinya.


Pyke

League of Legends Soul Fighter Cosplay Guide Pyke


MAKLUMAT WATAK 

Penyerang yang ditarik bernyawa ini mempunyai urusan yang belum selesai: bertempur di gelanggang! Saya tidak boleh mengatakan jika kembali dari kematian membuktikan kewujudan "Lands Beyond." (Saya tidak mendapat bayaran yang cukup untuk MERENUNGKAN KEWUJUDAN SAYA!) Tetapi jika khabar angin itu benar, dan rakan pejuang ini berjaya membawanya pulang dari ambang kematian... pertempuran seterusnya pasti bagaikan NERAKA! Dipersilakan, Pyke!

MAKLUMAT PAKAIAN 

Baju yang menjadi pilihan Pyke ialah jaket biru laut keunguannya yang dipakainya di bahu seperti jubah. Jaket ini diserikan dengan zip emas bersaiz besar dan pad bahu bertali pinggang hitam yang besar. Di bahagian belakang jaketnya juga terdapat tiga tab tarik zip yang sangat besar, manakala di bawah jaketnya terdapat kolar kain putih tebal. Topeng mukanya terdiri daripada beberapa tali pinggang ungu yang melingkar di bahagian bawah muka dan lehernya. Dia memakai tali pinggang kulit hitam yang besar di pinggangnya yang dibina daripada tiga tali pinggang selari yang dipegang oleh kancing emas bersaiz besar, manakala seluarnya terdiri daripada seluar chaps kembang berwarna biru laut keunguan di atas seluar biru. Mengenai kasutnya, Pyke memakai but kulit hitam berhujung emas.

NOTA REKA BENTUK 

Siapakah seorang Soul Fighter tanpa senjatanya? Pisaunya terdiri daripada tenaga jiwa, dengan bahagian dalam berwarna biru sian dan lapisan luar berwarna merah jambu terang. Tenaga jiwa ini juga boleh dilihat di dada dan parut mata Pyke.


Naafiri

League of Legends Soul Fighter Cosplay Guide Naafiri


MAKLUMAT WATAK

Eksperimen gagal! ANJING DEMA! Pejuang Berkaki Empat! Makhluk... ini... mempunyai hampir sama banyak gelaran seperti entiti berasingan yang ia boleh seru! Adakah ia mahu membalas dendam terhadap bekas tuannya? Untuk menakluki dunia? Saya tidak tahu! Saya bukan pembaca minda anjing! Inilah... Naafiri!

MAKLUMAT PAKAIAN

Naafiri ialah satu assassin, jadi kami mahu memberinya pakaian kulit gelap. Dia mempunyai rompi dan tali pinggang kulit gelap. Kami juga menambahkan kancing tali pinggang bertema pada kedua-dua rahang dan tekaknya, serta beberapa emas di sekeliling kakinya. 

NOTA REKA BENTUK 

Soul Fighter telah direka dalam tema gaya permainan pertarungan anime dan senarai wataknya kebanyakannya adalah berbentuk manusia. Hal ini menjadi sukar untuk mereka bentuk watak berkaki empat seperti Naafiri untuk dipadankan dengan watak-watak berkaki dua yang lain yang menyebabkan beberapa masalah dalam mereka bentuk pakaiannya. Iaitu cara untuk menyesuaikan Naafiri ke dalam tema anime berat tanpa rasa tidak pada tempatnya. Kami mencari banyak contoh pemilik haiwan peliharaan yang membuat haiwan peliharaan mereka cosplay menjadi watak anime sebagai titik rujukan (untuk tujuan kerja, ya). Sama ada anjing, kucing mahupun itik, hal ini membantu dalam mengenal pasti jenis pakaian yang sepatutnya ada pada Naafiri daripada memaksa pakaian manusia pada anjing atau makhluk berkaki empat. Jadi terima kasih kepada semua cosplayer haiwan peliharaan di luar sana! Dan juga, jangan pasangkan objek berbahaya kepada haiwan peliharaan anda untuk cosplay ini... kadbod sahaja sudah mencukupi di sini.


Lux

League of Legends Soul Fighter Cosplay Guide Lux

 

MAKLUMAT WATAK 

Melarikan diri dari keluarganya, dan dia fikir tempat terbaik untuk bersembunyi ialah DALAM RANCANGAN TV?! Serius, rakan-rakan, wanita ini mengalami sedikit trauma... dan kami semua tahu gelanggang ialah tempat *terbaik* untuk menyelesaikannya! Jika saya suka bertaruh—dan saya memang suka bertaruh—saya akan mengatakan dia akan menggunakan keinginan jiwa itu untuk menghilangkan dramanya. Inilah Lux!

MAKLUMAT PAKAIAN 

Soul Fighter Lux mempunyai tiga warna utama untuk reka bentuknya: kuning hangat, sian cerah dan putih terang, bersama dengan beberapa tompok fabrik biru tua. Jaket kulitnya mempunyai ciri tajam dengan lapisan tali dan unsur emas seperti kerongsang burungnya dan logo di belakangnya memaparkan dua ekor burung yang menghadap bunga api.

Tali pinggang kulitnya berwarna coklat gelap lembut. Rambutnya pendek, ringan dan muda. Rambutnya menampilkan gradien antara dua warna pastel terang: biru dan merah jambu. Wajahnya dibingkai oleh bentuk segi tiga tajam berwarna putih, menyokong fantasi seragam kelasi pada pakaiannya

NOTA REKA BENTUK

Walaupun warna utamanya ialah kuning hangat, sian cerah dan putih terang, kuasa jiwanya, yang diilhamkan oleh keduaan rantai dan sayap kebebasannya, memperkenalkan beberapa warna baharu. Gabungan warna prismatik antara sian, merah jambu dengan kuning terang yang berapi-api. Kami juga ingin menambahkan lapisan tambahan pada reka bentuknya, pada leher, lengan, pinggang dan kakinya. Itulah sebabnya dia mempunyai beberapa tali pinggang kulit di seluruh pakaiannya. Satu lagi ciri yang ketara kali ini untuk Lux ialah topi bulatnya yang riang dengan dua sayap emas yang keluar dari sisi, yang sepatutnya membantu dalam merahsiakan identitinya di skrin besar... bukan?


Nilah

League of Legends Soul Fighter Cosplay Guide Nilah


MAKLUMAT WATAK 

Kali terakhir kami melihat champion ini, dia bekerjasama dengan soul fighter yang lain untuk mengalahkan Dewa Seribu Mata—dan khabar angin mengatakan dia MENYIMPAN sebiji mata Dewa itu! Tepukkan tangan anda untuk Pembunuh Dewa yang penuh misteri, pemilik senyuman terbaik sekali yang pernah kami lihat, Boundless Joy itu sendiri: Niiilah!!!

MAKLUMAT PAKAIAN 

Warna utama pakaian tempurnya ialah ungu tua dengan warna ungu yang berbeza. Dia mempunyai seluar parachute, yang lebih longgar. Mata Nilah juga ditutup dan dibalut dengan kain putih yang mempunyai lambang mata pada setiap satu. Cemetinya berwarna hijau terang, diserlahkan dengan warna ungu dan mempunyai mata di pangkalnya, sebelum ia berpusing bersama. Di pinggulnya merupakan Uruminya, yang berwarna sama dengan cemetinya, dan terletak di atas rantai emas yang melilit pinggangnya.

NOTA REKA BENTUK 

Nilah bersedia untuk menghukum pesaingnya dengan Nuruminya! Warna utamanya ialah ungu yang lebih terang yang membuatkan dia kelihatan lebih menyerlah, dan membantu dia menonjol berbanding dengan rakan pesaingnya. Seluar Nilah juga lebih longgar, supaya dia dapat bergerak semasa bertempur dengan lebih baik. Matanya yang dilitupi kain itu turut menyerlahkan lagi senyuman indahnya! Kain itu mempunyai simbol mata di atasnya, sama seperti Uruminya yang menyerupai mata, yang membuatkan kami tertanya-tanya... adakah khabar angin tentang Pembunuh Dewa ini benar?


Draven

League of Legends Soul Fighter Cosplay Guide Draven


MAKLUMAT WATAK 

Anak emas Tournament of Souls, dengan pertempuran berlebihannya hanya diatasi oleh personalitinya yang berlebihan, tidak hairanlah dia menjadi kegemaran peminat untuk memenangi semuanya sejak awal pertandingan. Dia suuuka mendapat perhatian, jadi bersoraklah untuk Hysterical Hyena ini, GLORIOUS EXECUTIONER itu sendiri: DRAAAVEN!!!

MAKLUMAT PAKAIAN 

Skema warna pakaian Draven adalah terutamanya putih dan ungu tua, dengan percikan emas. Jaketnya merupakan kulit ungu dan mempunyai perincian api di bahagian belakang dan pada manset, digariskan dalam warna merah jambu. Bulu putih menghiasi leher jaketnya dan warna hadapan menampilkan merah jambu menyala yang sama yang digunakan untuk menggariskan api tadi. Terdapat juga perincian emas di seluruh pakaiannya, dan bintang emas pada manset dan bahagian belakang jaketnya. Kapaknya berwarna merah jambu menyala untuk dipadankan dengan api pada jaketnya. Draven tidak memakai baju dalam, sebaliknya memilih untuk mempamerkan enam otot kekarnya dan tatu bintang ungu di dadanya yang sepadan dengan jaketnya. 

NOTA REKA BENTUK 

Anak emas ini sedia mengajar sesiapa sahaja yang rasa mereka mampu mencabarnya. Dan sejujurnya, anda tidak akan mendapat peminat seramai Draven, tanpa menjolok mata—dan itulah asas penampilannya! Kami menggabungkan banyak unsur emas di seluruh pakaiannya, kerana dia merupakan bintang handalan Tournament of Souls dan seorang bintang handalan perlulah menonjol di arena. Sebaik sahaja Draven mula memusingkan kapaknya ke arah anda, anda juga akan melihat dia mempunyai jiwa pemenang di dalam dirinya.