Penantian sudah berakhir, dan kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah melancarkan pengesahan dua faktor (2FA) secara rasmi untuk akaun Riot anda. Bermula hari ini, anda boleh mengaktifkan 2FA untuk meminimumkan risiko dan berasa lebih selamat dengan mengetahui akaun anda dilindungi.

Sistem MFA baharu kami menaik taraf ciri lama yang menggesa anda untuk memasukkan kod hanya apabila anda log masuk daripada peranti baharu atau peranti yang tidak disahkan. Kini anda boleh meminta kod bagi setiap sesi log masuk untuk keselamatan tambahan.

Apakah Itu Pengesahan Dua Faktor?

Pengesahan dua faktor ialah langkah keselamatan elektronik yang membenarkan akses kepada akaun seseorang hanya selepas mereka berjaya memberikan dua bentuk pengesahan. Ia digunakan untuk memastikan seseorang itu merupakan pemilik sebenar akaun serta memastikan akaun dan maklumat mereka bukan sekadar dilindungi oleh nama pengguna dan kata laluan yang boleh terdedah.

Mengapakah 2FA penting?

Kami tahu anda telah menghabiskan berjam-jam lamanya demi akaun anda dan kami ingin memastikan bahawa semua kerja keras anda dilindungi daripada kemungkinan ancaman. Dengan mengaktifkan 2FA, anda akan melindungi kata laluan, maklumat pembayaran dan semestinya champion dan koleksi anda. Walaupun ciri ini merupakan pilihan, kami menggalakkan agar semua pemain mengaktifkan 2FA untuk meningkatkan tahap keselamatan dan ketenangan fikiran.

Pengesahan dua faktor kini tersedia kepada pemain yang menggunakan Riot sebagai portal log masuk rasmi mereka. Ini termasuk klien permainan Riot, Klien Riot, Riot Mobile dan RiotGames.com. Pemain yang log masuk melalui Garena dan portal pihak ke-3 tidak akan mempunyai pilihan untuk menggunakan 2FA.

Sistem 2FA baharu ini memerlukan anda membuat pengesahan melalui e-mel, tetapi kami sedang gigih berusaha untuk menambah baik pengalaman pemain dan akan mengemaskininya lewat tahun ini.

Pelajari Cara Mengaktifkan 2FA

Sila lawat artikel Sokongan Pemain tentang cara mengaktifkan 2FA untuk akaun Riot anda.