Riot akan menghentikan sementara operasi selama seminggu pada bulan Mac untuk berhubung, merenung dan membincangkan matlamat kami dalam satu siri mesyuarat yang melibatkan seluruh syarikat.

Kami telah berkembang dengan pesat dan langkah ini akan memastikan setiap Rioter di seluruh dunia berkongsi pandangan yang sama untuk terus memberikan pengalaman yang terbaik mungkin untuk para pemain. Memandangkan hal ini melibatkan seluruh Riot, beberapa permainan akan membuat perubahan pada kekerapan patch biasa mereka selama satu kitaran pada Mac. 

Nantikan pengumuman daripada pasukan permainan kegemaran anda sambil kita menghampiri bulan Mac. Kami ingin memberitahu anda terlebih dahulu bahawa tempoh rehat ini sudah hampir dan kami akan kembali kepada patch biasa tidak lama lagi. 

Semoga champion (atau ejen, comp, build atau deck) kegemaran anda berada dalam meta menjelang bulan Mac. Anda akan mempunyai dua kali ganda masa untuk menikmatinya sebelum ancaman tukul nerf muncul lagi. 

Seperti yang biasa diamalkan apabila kami AFK semasa cuti pertengahan dan akhir tahun, kami ingin memberikan penghargaan khas kepada pasukan operasi langsung, anticheat dan keselamatan yang memastikan semuanya berjalan lancar 24/7/365.