Semenjak Riot Games merupakan sesuatu konsep lagi, dorongan Xbox yang tidak henti-henti untuk memacu permainan ke hadapan dan membina komuniti inklusif telahpun menjadi inspirasi kepada kami. Di Xbox, kami melihat pasukan seperti Riot yang komited untuk mencabar kelaziman tentang cara pembangun dan penerbit boleh menumpukan diri mereka kepada pemain. 

Hari ini, Riot Games dan Xbox mengumumkan bahawa semua permainan terkemuka Riot bakal membuat penampilan mereka di Game Pass. Ini bakal menghimpunkan dua komuniti permainan terbesar di dunia berkongsi minat bersama terhadap permainan kompetitif yang memfokuskan pemain. Game Pass ialah inovasi terkini daripada hasil inovasi Xbox yang banyak, dan kami tidak sabar untuk menambahkan permainan kami ke dalam katalognya. Kami teruja untuk menjemput pemain Xbox bagi menyertai komuniti kami yang terdiri daripada 180 juta pemain profesional yang bercita-cita tinggi, hardstuck silver, pencipta kandungan, peminat K/DA dan banyak lagi.

Untuk permulaan, kerjasama ini akan melangkaui PC untuk memasukkan permainan mudah alih sahaja dan mudah alih yang boleh diakses Riot. Semua ahli Game Pass bakal mendapat akses kepada:

  • League of Legends: Wild Rift (Mudah Alih): Semua Champion Diaktifkan
  • Legends of Runeterra (PC & Mudah Alih): Set Asas Diaktifkan
  • VALORANT (PC): Semua Agent Diaktifkan
  • Pemain juga akan menerima pengalaman bonus di seluruh permainan yang terpilih.

Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan berkongsi lebih lanjut tentang kerjasama ini dan cara ahli Game Pass boleh mengakses kandungan tersebut. Kebanyakan negara akan mempunyai akses kepada skop penuh kandungan Game Pass tetapi, dalam beberapa keadaan, kandungan Game Pass akan dihadkan mengikut permainan. Untuk maklumat lanjut, nantikan perkembangan daripada riotgames.com dan news.xbox.com.