Peperangan di Ukraine telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang semakin meluas. Sejak permulaan perang, kami telah mendengar daripada pemain di seluruh dunia bahawa mereka mahu membantu – kami juga mahu membantu.

Dari 5 Mac hingga 12 Mac semua hasil daripada penjualan battle pass untuk VALORANT, Legends of Runeterra, Teamfight Tactics, dan Wild Rift, serta penjualan Bee skin line baharu dalam League of Legends, akan didermakan untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan di rantau itu.

Sebagai tambahan kepada sumbangan daripada pemain, Riot akan menderma $1 juta kepada tiga agensi kemanusiaan bukan bersifat mengambil keuntungan:

  • International Medical Corps

  • Médecins Sans Frontières / Doctors Without Borders

  • Polish Red Cross

Semua hasil, kedua-dua daripada sumbangan Riot dan dana yang diperoleh daripada pemain akan secara langsung menyokong bantuan kemanusiaan di Ukraine dan kawasan lain yang terjejas.