Sertai permainan dengan rakan Discord anda, dengan lebih cepat. Kurangkan menunggu, lebihkan bermain.
Memautkan akaun Riot dan Discord anda membantu dalam memudahkan masuk queue dengan rakan anda melalui pengaktifan keupayaan untuk menjemput rakan Discord anda ke party dalam permainan anda secara langsung tanpa meninggalkan klien. Anda boleh memautkan akaun anda melalui klien permainan, melalui Discord, dari halaman akaun anda atau dengan menggunakan pautan di bawah.
Sebaik sahaja akaun anda dipautkan, anda akan dapat melihat individu dalam kalangan rakan Discord anda yang bermain permainan Riot dan bawa mereka terus ke dalam party anda. Pada masa ini, integrasi Discord sedang dilancarkan untuk League of Legends serta VALORANT dan kami merancang untuk membawa ciri ini kepada lebih banyak permainan kami pada masa hadapan.
Memautkan akaun anda membolehkan anda:
Menjemput rakan Discord terus ke dalam party anda, tanpa memerlukan alt-tab
Menyalin pautan lobi dan berkongsi secara langsung dengan pelayan anda (atau mana-mana rakan anda berada)
Melihat individu dalam kalangan rakan anda yang bermain permainan Riot dan menyertai party dengan lebih cepat
Anda mempunyai empat cara berbeza untuk memautkan akaun anda:
- Pergi ke account.riotgames.com dan log masuk dengan RiotID anda

- Tatal ke bawah ke “Akaun Bersambung” dan klik butang Discord
Petua: Butang itu berwarna birungu!
- Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Discord)

- Pergi ke account.riotgames.com dan log masuk dengan RiotID anda
1) Buka VALORANT (PC) dan pergi ke panel Sosial → Tambah Rakan

2) Klik “Sambungkan Akaun Discord”
Petua: Butang itu berwarna birungu!
3) Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Discord)

- Buka League of Legends dan klik pada “Tambah Rakan”

- Klik “Sambungkan Akaun Discord”

- Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Discord)

- Buka League of Legends dan klik pada “Tambah Rakan”
- Buka Discord dan klik pada “Tetapan”

- Klik “Sambungan,” kemudian pilih logo fistbump Riot Games (anda mungkin perlu mengklik “Lihat Lagi”)

- Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke akaun Riot Games anda)

- Buka Discord dan klik pada “Tetapan”
Soalan Lazim
Saya sudah pun mempunyai akaun Discord yang disambung? Adakah saya akan mempunyai akses kepada faedah tersebut?
Jika anda telah menyambungkan akaun anda sebelum ini, anda perlu memautkan semula akaun Discord semasa anda di Pengurusan Akaun dan sambungkan semula untuk menerima faedah. Proses ini memakan masa satu atau dua minit sahaja.
Mengapakah bukan semua rakan Discord saya muncul dalam senarai rakan Riot saya?
Pada masa ini, senarai rakan bersepadu hanya akan merangkumi pemain yang:
Mempunyai ID Riot tersedia
Mempunyai sambungan rakan formal di Discord
Telah juga memautkan akaun Riot dan Discord mereka
Jika anda banyak bermain dengan seseorang di Discord tetapi dia bukan seorang “rakan” rasmi di Discord, individu tersebut tidak akan muncul di sini. Itu sesuatu yang disengajakan. Kami memastikan senarai anda hanya memaparkan orang yang anda benar-benar ingin masuk queue bersama-sama, bukan semua orang dari setiap pelayan yang pernah anda sertai.
Seseorang tidak kelihatan? Inilah masa yang baik untuk menambah mereka di Discord atau meminta mereka memautkan akaun mereka supaya anda dapat bermain bersama-sama tanpa pergeseran tambahan.
Adakah Riot akan berkongsi data saya dengan Discord?
Kami hanya berkongsi maklumat yang diperlukan untuk membolehkan integrasi dan membantu pemain membuat keputusan relevan yang tepat pada masanya, supaya anda boleh masuk queue bersama-sama rakan anda.
Sebagai contoh, data seperti ID Riot, nama paparan/accountID Discord serta permainan yang sedang dimainkan oleh rakan atau skor perlawanan supaya anda tahu masa mereka mungkin bersedia untuk menyertai party anda. Secara umum, inilah maklumat sama yang mungkin anda lihat pada profil rakan di panel sosial anda, serta beberapa butiran tambahan seperti saiz dan status party. Selain itu, tiada maklumat peribadi lain yang dikongsi dengan Discord.
Jika saya bermain VALORANT dan League, adakah saya perlu memaut dua kali?
Dengan andaian anda menggunakan ID Riot yang sama untuk kedua-dua permainan, selepas anda memaut sekali, anda sudah boleh bermain kedua-dua permainan.
Bagaimanakah jika saya mempunyai berbilang akaun Riot?
Anda tidak boleh menyambung berbilang ID Riot kepada satu akaun Discord. Jika anda menggunakan lebih daripada satu ID Riot, pautkan akaun yang lebih kerap anda gunakan untuk bermain dengan rakan. Anda juga boleh memaut dan menyahpaut akaun anda pada bila-bila masa dengan melawati halaman Sambungan Akaun Riot anda.
Di rantau manakah ciri ini tersedia / tidak tersedia?
Ciri ini hanya tersedia di rantau yang menyokong Riot dan juga Discord. Ciri ini tidak kelihatan? Semak ketersediaan platform di rantau anda.
Wujudkah rancangan untuk menambahkan kefungsian chat?
Kami tidak berhasrat untuk menambahkan kefungsian itu ketika ini.
Bagaimanakah pula dengan permainan Riot yang lain?
Kami berharap untuk membawa ciri ini kepada lebih banyak permainan pada masa hadapan dan sedang menerokai cara kami boleh berbuat demikian dengan lebih berkesan. Sebaik sahaja ID Riot anda terpaut, ciri ini akan diaktifkan secara automatik apabila kami berkembang ke permainan baharu.
Saya telah menjemput rakan-rakan saya ke dalam permainan tetapi mereka tidak nampak pilihan untuk menyertai. Mengapakah ini berlaku?
Terdapat dua cara untuk rakan anda menyelesaikan isu ini:
- Rakan anda mungkin perlu mengemas kini Discord dan/atau Klien Riot mereka sebelum boleh menerima jemputan anda. Minta mereka tutup sepenuhnya dan lancarkan semula Discord dan Klien Riot supaya kedua-dua klien boleh dikemas kini kepada versi terkini.
- Rakan anda boleh memautkan akaun Riot dan Discord mereka. Jika mereka memautkan akaun mereka, tindakan ini bukan sahaja akan menyelesaikan masalah tersebut, malah akan mengaktifkan pengalaman penuh supaya mereka boleh terus masuk ke dalam permainan dengan lebih pantas dan menghantar jemputan kepada anda juga.
Apabila saya menjemput rakan ke dalam permainan, mereka tidak dapat melihat butiran aktiviti dalam permainan saya. Mengapakah ini berlaku?
Kemungkinan besar bahawa “Perkongsian Aktiviti” dimatikan dalam tetapan Discord anda. Untuk membolehkan rakan melihat status dalam permainan penuh anda, pastikan “Perkongsian Aktiviti” diaktifkan dalam klien Discord anda.
Mengapakah saya masih dapat melihat akaun Riot Games dan/atau League of Legends lain yang ditandakan sebagai “legasi” dalam Sambungan Discord saya selepas mengemas kini kepada pautan akaun baharu?
Apabila integrasi ini dilancarkan secara global, akses mungkin berbeza-beza mengikut rantau. Sepanjang tempoh peralihan ini, sambungan sedia ada (legasi) akan kekal aktif supaya pemain mempunyai masa untuk beralih kepada integrasi baharu. Setelah pelancaran selesai di seluruh dunia, pautan akaun legasi akan dibuang.