RiotX Arcane ialah sambutan untuk banyak perkara termasuk pelancaran Arcane, permainan dan detik-detik yang membawa kita bersama.

Namun, sebenarnya sambutan ini khas untuk anda.

Pemain giliran solo yang tidak mahu berakhir dengan kekalahan. Pemain pro memanaskan badan di belakang pentas. Pencipta yang mereka teori selama berjam-jam. Cosplayer yang berjaga sepanjang malam untuk mendapatkan Atlas Gauntlet yang tepat. Ya, anda.

Selama bertahun-tahun, anda telah mencipta ruang untuk kami menghidupkan watak yang anda sukai dengan cara yang baharu dan menarik. Dan dalam beberapa minggu akan datang, kami akan meresapkan keajaiban Arcane ke dalam permainan, event langsung, kerjasama mengejutkan dan, sudah tentu, ganjaran yang hebat.

Sertai kami untuk meraikan pelancaran penerokaan terbesar kami. Lagipun, parti ini tidak akan meriah tanpa anda.

EVENT

Jadi mari mulakan dari awal. RiotX Arcane dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan tema persembahan:

League World Final dan Hujung Minggu Super Arcane Premiere 
6 November

Berganding bahu dengan Worlds, detik terhebat League tahun ini, kami menjadikannya penampilan berganda pada 6 November. Ia bermula dengan Worlds Finals, akan terdapat Persembahan Terbuka bertemakan Arcane yang dipersembahkan oleh Mastercard, menampilkan muzik terus daripada Arcane. Kita akan terus ke Global Premiere, dihoskan secara langsung di Twitch, dan distrim bersama oleh penstrim kegemaran anda, dengan ganjaran menonton merentas semua permainan kami.

Worlds Show Open bermula pada 6 November pukul 8:00 malam GMT+8 dan menampilkan persembahan muzik daripada Imagine Dragons, Bea Miller, JID, dan Denzel Curry. 

worlds-arcane

Global Premiere Arcane bermula di Twitch pada 7 November pukul 8:30 pagi GMT+8.

arcane-progress-days

Hari-hari Kemajuan
7 November - 13 November

Kita teruskan dengan Hari-hari Kemajuan, sambutan kemajuan dan inovasi Piltover merentas keseluruhan ekosistem kami. Mengikuti perkara yang kami harapkan untuk tayangan perdana yang bombastik, kami menjemput anda untuk menyertai semua permainan kami dan lebih banyak kandungan akan disiarkan secara langsung untuk terus menghiburkan anda sehingga Babak 2 dilancarkan pada 13 November. 

Malam di Undercity
14 November - 20 November

Kami menuju ke hujung minggu finale kami jauh di Zaun dan perayaan komuniti kami di event kami Malam di Undercity, diadakan secara bersemuka dan dalam talian. Kami amat teruja menamatkan event ini dengan penuh gilang-gemilang untuk Undercity, jadi nantikan maklumat lanjut.

PERMAINAN

Mahu tahu beberapa kandungan permainan? Berikut merupakan gambaran ringkas tentang cara setiap permainan kami meraikan RiotX Arcane, tetapi untuk butiran penuh, nantikan setiap permainan kami semasa event RiotX Arcane berlangsung.

League of Legends akan menyelami lebih dalam tentang dunia Arcane, mengeluarkan skin Arcane percuma yang diilhamkan oleh persembahan ini, pelbagai kemas kini tematik kepada kemas kini Summoner Rift dan Pramusim 2022. Dua pengalaman interaktif baharu juga akan didedahkan pada minggu akan datang!

  • Skin berinspirasikan Arcane percuma untuk Jayce, Vi, Caitlyn, dan Jinx
  • Kemas Kini Pramusim 2022 yang menampilkan drake elemen baharu, item dan rune
  • Kemas Kini Seni & Kelestarian Caitlyn
  • Aksen peta pada Summoner Rift dan banyak lagi!
LoL-preseason-2022

League of Legends: Wild Rift menampilkan cara baharu untuk bermain, membawa dua champion popular, ganjaran log masuk harian, skin percuma yang diilhamkan oleh Arcane, dan mempamerkan persaingan Piltover yang paling ikonik.

  • Event dalam permainan Arcane Experience
  • Skin Jinx and Vi Arcane boleh didapati secara percuma melalui ganjaran log masuk harian
  • Keluaran Jayce dan Caitlyn yang telah lama dinantikan dalam event Hextech Heist
  • Minggu bertema dalam Guild vs Guild, termasuk Jinx vs Vi
wild-rift

Legends of Runeterra akan meraikan dengan keluaran mod permainan baharu kekal yang membolehkan pemain mengembara melalui Runeterra sebagai champion kegemaran mereka, termasuk siri istimewa pengembaraan yang sarat dengan drama dalam Piltover dan Zaun yang menampilkan Jinx & kawan-kawan. 

  • Keluaran mod PvE kekal baharu, The Path of Champions
  • Champion baharu: Jayce
  • Kad sokongan tematik daripada Piltover & Zaun
  • Pas Event Mega
legends-of-runeterra

Teamfight Tactics akan memastikan parti Gizmos & Gadgets berterusan dengan mod permainan serba baru, dan beberapa kejutan kecil dengan impak BESAR.

  • Keluaran set Gizmos & Gadgets
  • Pakar Taktik bertemakan Arcane termasuk pengenalan Champion Chibi baharu 
  • Mod Double Up baharu untuk anda bermain dengan rakan-rakan
teamfight-tactics

VALORANT: Ejen Bumi masa depan kami juga peminat League dan akan meraikan masa ini dengan kosmetik dan bundle Arcane agar anda boleh bersiap sedia untuk Episod 3 Babak 3.

  • Pas RiotX Arcane Percuma
  • Item Koleksi dalam permainan percuma 
  • Set Pengumpul Arcane dalam permainan
  • Ejen Baharu: Chamber
valorant

GANJARAN

Akhir sekali, tetapi pastinya tidak kurang, tidak lengkap parti tanpa hadiah, dan kami ada banyak perkara untuk anda peroleh dan buka kunci di dalam dan juga di luar permainan. Event RiotX Arcane akan menawarkan ganjaran paling banyak yang pernah kami berikan, jadi inilah perkara yang anda boleh dapatkan, tempat dan masa:

Seluruh Event

Ganjaran Menonton: 
Pautkan Akaun Riot anda kepada Twitch, dan tonton tayangan perdana Arcane pada 6 November melalui strim dengan kami atau melalui penstrim bersama kegemaran anda dan terima sekumpulan item daripada semua permainan kami. Tiada akses kepada Twitch? Anda juga boleh log masuk ke akaun Riot anda di Arcane.com dan menonton episod pertama di sana. Setelah anda membuka kunci ganjaran ini, item akan dihantar kepada anda selepas Premiere!

  • League of Legends - Kapsul Arcane
  • League of Legends: Wild Rift - Emote “A Single Tear”
  • Teamfight Tactics - Gizmos & Gadgets Little Legends Egg
  • Legends of Runeterra - Emote “Fascinating”
  • VALORANT - “Fishbones” Gun Buddy
world-of-riotx-arcane

World of RiotX Arcane:
Rakan dan hab acara pengalaman kami untuk mendapatkan ganjaran yang terletak di RiotXArcane.com. Lihat melangkaui persembahan dan terokai seluruh ekosistem kami dalam pengembaraan naratif ini yang berkembang dari minggu ke minggu. Anda akan mendapat ganjaran dalam permainan kerana menyelesaikan misi dan mungkin menemukan beberapa telur easter Prime Gaming. 

Ganjaran disiarkan secara langsung mulai 7 November, dengan ganjaran dalam permainan tambahan tersedia mulai 15 November

Ganjaran Prime Gaming tersedia dari 1 November hingga 30 November

Dalam Permainan

Daripada pas acara percuma hinggalah buka kunci bermasa, semua permainan kami akan menampilkan ganjaran event. Nantikan setiap permainan kegemaran anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang benda yang anda boleh peroleh sepanjang event!

NANTIKAN

Sekali lagi, kami perlu tekankan lagi bahawa jika bukan kerana anda semua, semua ini tidak akan dapat dilakukan. Ikhlas, dari lubuk hati kami, terima kasih atas segala-galanya dan nantikan lebih banyak lagi yang akan datang semasa acara tersebut.

Semak RiotXArcane.com dan di sini untuk kemas kini acara semasa apabila disiarkan. Tak sabar? Ikuti kami di sosial untuk kemas kini dalam masa nyata:

GLHF