Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

Sambungkan Akaun Riot dan Discord Anda

Pautkan Akaun Anda

 

Sertai permainan dengan rakan Discord anda, dengan lebih cepat. Kurangkan menunggu, lebihkan bermain.

Memautkan akaun Riot dan Discord anda membantu dalam memudahkan masuk queue dengan rakan anda melalui pengaktifan keupayaan untuk menjemput rakan Discord anda ke party dalam permainan anda secara langsung tanpa meninggalkan klien. Anda boleh memautkan akaun anda melalui klien permainan, melalui Discord, dari halaman akaun anda atau dengan menggunakan pautan di bawah.

Sebaik sahaja akaun anda dipautkan, anda akan dapat melihat individu dalam kalangan rakan Discord anda yang bermain permainan Riot dan bawa mereka terus ke dalam party anda. Pada masa ini, integrasi Discord sedang dilancarkan untuk League of Legends serta VALORANT dan kami merancang untuk membawa ciri ini kepada lebih banyak permainan kami pada masa hadapan.

Memautkan akaun anda membolehkan anda:

Anda mempunyai empat cara berbeza untuk memautkan akaun anda:

    1. Pergi ke account.riotgames.com dan log masuk dengan RiotID anda

      Discord-RiotGames-Account-Linking-Step1.png
       
    2. Tatal ke bawah ke “Akaun Bersambung” dan klik butang Discord
      Petua: Butang itu berwarna birungu!

      Discord-RiotGames-Account-Linking-Step2.png
       
    3. Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Discord)

      Discord-RiotGames-Account-Linking-Step3.png
  • 1) Buka VALORANT (PC) dan pergi ke panel Sosial → Tambah Rakan

    Discord-VAL-Account-Linking-Step1.png

    2) Klik “Sambungkan Akaun Discord”
    Petua: Butang itu berwarna birungu!

    Discord-VAL-Account-Linking-Step2.png

    3) Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Discord)

    Discord-VAL-Account-Linking-Step3.png

    1. Buka League of Legends dan klik pada “Tambah Rakan”

      Discord-League-Account-Linking-Step1.png
       
    2. Klik “Sambungkan Akaun Discord”

      Discord-League-Account-Linking-Step2.png
       
    3. Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Discord)

      Discord-League-Account-Linking-Step3.png
    1. Buka Discord dan klik pada “Tetapan”

      Discord-Account-Linking-Step1.png
       
    2. Klik “Sambungan,” kemudian pilih logo fistbump Riot Games (anda mungkin perlu mengklik “Lihat Lagi”)

      Discord-Account-Linking-Step2.png
       
    3. Sahkan gesaan (anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke akaun Riot Games anda)

      Discord-Account-Linking-Step3.png

Soalan Lazim