Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Peluang

Active Minds

Apa yang mereka lakukan

Active Minds merupakan sebuah badan amal bukan untung utama negara yang menyokong kesedaran kesihatan mental dan pendidikan untuk pelajar berumur diantara 14-25 tahun.  Bunuh diri adalah punca kedua utama kematian di kalangan pelajar dan berpunca daripada stigma tentang kesedaran kesihatan mental, ramai yang menderita dalam diam.  Active Minds sedang berusaha untung mengubahnya. Dalam 2017, mereka telah menghubungi 529,523 pelajar menerusi kempen dan acara kesedaran kampus, memberi impak positif ke atas persekitaran kampus menerusi 450+ bab di sekolah menengah dan kolej di AS.

Satu kajian longitudinal yang dijalankan oleh RAND Corporation (dan diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Child & Adolescent Psychiatry) menunjukkan peningkatan penyertaan dengan Active Minds adalah dikaitkan dengan peningkatan dalam tingkah laku saling membantu, sebagai contoh: membantu rakan sekelas yang mengalami isu kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan atau mempunyai rasa ingin membunuh diri.  

Tambahan lagi, di kalangan persatuan pelajar umum, malah keterbiasaan asas di Active Minds meningkatkan pengetahuan dan sikap yang positif tentang kesihatan mental, mencipta lebih banyak suasana kampus yang saling membantu dan meningkatkan potensi pelajar yang berada dalam tekanan untuk mendapatkan bantuan kesihatan mental.

Cara kami membantu

Riot Games menyediakan sumbangan bangunan kapasiti untuk pembangunan ciri-ciri baharu laman web Active Minds. Ciri-ciri baharu ini akan menyediakan sistem Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan (Customer Relationship Management)—satu bahagian teknologi penting untuk kebanyakan syarikat teknologi di luar sana yang akan digunakan untuk membuat keputusan berisi data pada program dan urusan hubungan.

Sistem CRM baharu ini akan membantu Active Minds untuk mencapai skala dan kecekapan baharu dalam menyampaikan sokongan dan pendidikan kesihatan mental.