Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Kerakyatan

Pentadbiran Warisan Kebudayaan

Apa yang mereka lakukan

Pentadbiran Warisan Budaya ditubuhkan untuk melindungi integriti tradisi budaya Korea dan meningkatkan hidup kebudayaan warga Korea dengan mengekalkan dan mempromosikan penggunaan warisan kebudayaan. Dengan memanfaatkan dan mengekalkan warisan kebudayaan secara kreatif, CHA bermatlamat untuk memperkenalkan Korea sebagai sebuah negara budaya peneraju dunia. Strateginya termasuk:

  • Penentuan dan pendaftaran kawasan warisan kebudayaan
  • Menguruskan istana-istana diraja, makam diraja dan tapak bersejarah dinasti Joseon
  • Globalisasi warisan kebudayaan dan pertukaran dengan Korea Utara
  • Penyelidikan dan penyiasatan serta melatih pakar-pakar warisan kebudayaan

Cara kami membantu

Riot telah bekerjasama dengan Pentadbiran Warisan Budaya (Cultural Heritage Administration) sejak 2011 untuk melindungi dan menyokong warisan kebudayaan termasuk membawa pulang aset-aset kebudayaan Korea dari luar negara. Sejak ia dilancarkan di Korea, Riot sentiasa mendapat inspirasi daripada budaya Korea, dalam permainan dan juga kehidupan sebenar. Kami percaya dengan menyokong CHA adalah cara unik untuk Riot dapat menunjukkan penghargaan kami kepada negara yang telah membantu kami berjaya secara global.

Pemain-pemain boleh terlibat dengan menyertai dalam program tahunan yang direka untuk mengajar mereka tentang budaya dan sejarah Korea menerusi lawatan ke tapak kebudayaan bersejarah. Rioter juga boleh menjadi sukarelawan dua kali setahun untuk membersihkan dan mengekalkan kawasan warisan kebudayaan.