Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Impak Sosial

Pengumpulan Dana Dalam Permainan

Jika terdapat satu perkataan yang melambangkan semangat pemain kami, itulah keghairahan. Semangat ini melangkaui permainan dan meluas ke komuniti-komuniti di seluruh dunia. Di Riot, kami mencari cara untuk memperkasakan pemain kami untuk mengumpul dana menyumbang kembali kepada perjuangan yang amat mereka ambil berat dan melakukan perubahan yang bermakna di kawasan mereka sendiri. 

Setiap tahun kami menganjurkan event pengumpulan dana dalam permainan merentas semua permainan kami. Semasa event ini, pemain boleh sama ada mengambil bahagian dalam cabaran amal dalam permainan atau membeli skin, Gun Buddy, bundle, atau Event Pass tertentu dengan satu peratusan hasil daripada pembelian itu akan disalurkan terus ke Dana Impak Sosial Riot Games.

Kempen Pengundian Amal

Pada penghujung setiap tahun kami akan menganjurkan Kempen Pengundian Amal tahunan kami. Bekerjasama dengan pejabat tempatan kami serta rakan kongsi pemberian kami GlobalGiving, Dana Impak Sosial Riot Games memilih 84 badan bukan untung yang kami fikir menerajui kerja yang berkesan dan bermakna di 28 rantau. Kami menggunakan wang yang dikumpulkan oleh pemain melalui pelbagai pengumpulan dana dalam permainan, untuk mewujudkan satu dana terkumpul bagi setiap negara berdasarkan penyertaan berkadar mereka dalam kempen ini. 

Semasa tempoh kempen, para pemain boleh pergi ke laman kempen untuk membuang undi mereka. Pemain boleh mengundi untuk mana-mana badan bukan untung di mana-mana rantau yang mengambil bahagian. Setiap pemain boleh mengundi sekali sahaja, jadi penting untuk memastikan undi itu tidak disia-siakan!

Pada penghujung tempoh pengundian, organisasi dengan undian terbanyak dari setiap rantau akan menerima 50% daripada dana terkumpul rantau tersebut. Dua organisasi lain masing-masing akan menerima 25%. Setiap organisasi bukan untung yang menyertai layak menerima sekurang-kurangnya $10,000 daripada dana terkumpul.

Sebab

Wang yang kami sumbangkan kepada badan amal datang terus daripada mereka yang bermain permainan kami, oleh itu adalah penting bagi kami bahawa para pemain juga berhak dalam menentukan arah tuju wang itu. 

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai event-event amal kami sepanjang tahun. Kami bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang bercakap tentang perjuangan yang mereka ambil berat dan mendorong dunia untuk menjadi tempat yang lebih baik setiap hari berbanding sebelumnya.