Dalam sambutan Hari Kemajuan, kami teruja untuk mengumumkan penerima 30 geran komuniti daripada Dana Impak Sosial Riot Games. Pertubuhan-pertubuhan ini, yang merangkumi 20 negara dan enam benua, akan menerima $10,000 untuk menyokong sumbangan hebat mereka kepada komuniti di seluruh dunia. 

Musim panas ini, kami meminta pemain dalam semua permainan kami untuk mencalonkan pertubuhan amal kegemaran mereka untuk menerima pembiayaan daripada Dana Impak Sosial Riot Games. Kami telah menerima lebih 19,000 penyertaan daripada pemain di seluruh dunia, dan pasukan Impak Sosial kami, bersama-sama dengan bantuan Sokongan Pemain dan rakan kongsi kami di ImpactAssets dan GlobalGiving, menyemak dengan teliti setiap pencalonan dan memilih 30 pertubuhan amal kami yang menang. 

Kami kagum para pemain kami telah berkumpul untuk berkongsi minat mereka untuk berbagai-bagai tujuan. Sebagai tambahan kepada geran ini, kami akan terus mengarahkan pembiayaan geran kepada lebih banyak pertubuhan yang memainkan peranan penting dalam komuniti tempatan pemain. 

Berikut merupakan 30 pertubuhan amal yang menang dan tujuan yang mereka sokong:

  1. América Solidaria Argentina (Argentina) - Tiada Kemiskinan
  2. APAE Brasil (Brazil) - Kelaparan Sifar
  3. Ape Action Africa (U.K./Cameroon) - Kehidupan di Darat 
  4. Asian American Success Inc. (A.S.) - Pendidikan Berkualiti
  5. BeLonG To (Ireland) - Kesamaan Jantina 
  6. Blue Dragon Children's Foundation (Vietnam) - Tiada Kemiskinan 
  7. Clean Up Australia (Australia) - Tindakan Iklim 
  8. Coalition for Rainforest Nations (Belanda) - Tindakan Iklim
  9. Cordem ABP (Mexico) - Kesamaan Jantina
  10. Fundación Aquí Nadie Se Rinde I.A.P (México) - Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  11. Fundación Minga Valpo (Chile) - Pendidikan Berkualiti
  12. Fundación Superación Pobreza (Chile) - Tiada Kemiskinan 
  13. Genesis Women’s Shelter (A.S.) - Kesamaan Jantina 
  14. Ingenium ABP (Mexico) - Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  15. Instituto Vovô Chiquinho (Brazil) - Pendidikan Berkualiti
  16. LÖSEV Foundation for Children with Leukemia (Turki) - Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  17. Maslow Project (A.S.) - Tiada Kemiskinan 
  18. Metropolitan Organization to Counter Sexual Assault (A.S.) - Kesamaan Jantina 
  19. Plan International (AS) - Tiada Kemiskinan
  20. Plan International Japan (Jepun) - Pendidikan Berkualiti
  21. Prairie State Legal Services (A.S) - Kedamaian, Keadilan dan Institusi Kukuh 
  22. Shatterproof (A.S.) - Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  23. Société Protectrices des Animaux (Perancis) - Kehidupan di Darat
  24. SPEAR Islington (U.K.) - Kurangkan Ketidaksamaan 
  25. The Nature Conservancy (A.S) - Tindakan Iklim
  26. The Table Community Food Centre (Kanada) - Kelaparan Sifar
  27. Verein für krebskranke Kinder Harz eV (Jerman) - Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  28. WAI Wanaka (New Zealand) - Kehidupan di Bawah Air
  29. WaterAid (A.S) - Air Bersih dan Sanitasi
  30. World Wildlife Fund-SA (Sepanyol) - Kehidupan di Darat
riot-games-progress-days-social-impact-fund

Sekali lagi, selamat kepada semua penerima dana bantuan, dan terima kasih kepada semua pemain karena telah menjadi agen kebaikan di komunitas masing-masing. Kami tak sabar melanjutkan misi ini di tahun 2022!