Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Impak Sosial kami

Kelestarian

Mengehadkan kesan kami terhadap perubahan iklim dan mengendalikan perniagaan kami dengan cara yang lestari

 

Kelestarian alam sekitar merupakan isu penting untuk pemain, untuk Riot, dan untuk seluruh dunia. Walaupun kelestarian adalah sesuatu yang kami sentiasa perjuangkan, sudah tiba masanya kami menerangkan komitmen kami dengan jelas. Dengan melakukan usaha sendiri, bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkesan, dan berkongsi amalan terbaik dengan seluruh industri permainan, kami dapat, dan perlu, membuat kemajuan ke arah dunia yang lebih sihat. 

Komitmen Kami

Kami mahu pemain dapat menikmati permainan kami untuk generasi-generasi akan datang. Untuk menjadikan masa hadapan itu realiti, kami perlu mengikuti sains agar tidak ketinggalan dengan perkembangan terkini tentang amalan terbaik untuk kemampanan sambil kekal komited bagi mengurangkan kesan keseluruhan alam sekitar kami. 

Kami telah melakukan penyelidikan untuk memahami pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan kami bersedia untuk memperkenalkan komitmen kami sebagai sebuah syarikat:


Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)

Selepas membesar daripada satu permainan menjadi lima permainan, kami telah menjalankan penyelidikan mendalam dan mengira Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) julung kali kami menggunakan data dari tahun 2021. Inventori ini telah membantu kami untuk memahami pelepasan Skop 1-3 kami serta asal usulnya dan telah membimbing kami untuk menentukan peluang yang betul bagi laluan terbaik ke masa hadapan. Science-based targets menyediakan laluan yang jelas untuk syarikat-syarikat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Dalam jangka masa dua tahun akan datang, kami akan menyerahkan data garis dasar dan akan maju dengan rancangan pengurangan GHG yang disemak sepenuhnya. Kami komited untuk melaporkan data ini setiap tahun dalam Laporan Impak tahunan kami.

Jejak Pelepasan GHG 2021 Kami

Pelepasan Skop 3 mengikut kategori

Oleh sebab Skop 3 mengambil kira bahagian terbesar jejak karbon kami, kami telah memecahkan Skop 3 kepada kategori tertentu.
Barangan & Perkhidmatan Dibeli72.3%
Barangan Modal3.5%
Aktiviti Berkaitan Dengan Bahan Api & Tenaga1.5%
Perjalanan Perniagaan5.3%
Perjalanan Pergi dan Pulang Pekerja Dari Tempat Kerja4.0%
Aset Disewa Huluan12.4%
Francais0.4%

Inisiatif Berfokuskan Kelestarian

Riot Games Sustainability focused initiatives

 

Walaupun komitmen kami mendorong keputusan syarikat kami dalam semua aspek, kami berbangga meneruskan tradisi inisiatif kemampanan tersuai yang memberi impak kepada dunia di sekeliling kami. Pada masa lalu, kami telah bekerjasama dengan pemain menggunakan pengumpulan dana dalam permainan untuk menghalakan berjuta-juta dolar ke arah organisasi kemampanan. Di pejabat-pejabat kami, kami menggunakan pelbagai amalan kemampanan untuk mengurangkan sisa makanan, penggunaan air dan penggunaan tenaga.

Dalam dunia e-sukan, kami telah menggunakan Worlds untuk membawa kemampanan dalam permainan dan bekerjasama dengan rakan kongsi lama untuk memberi impak eksponen. Selain itu, pusat penyiaran jarak jauh kami di Dublin, yang dibuka pada tahun 2022 dan menyiarkan Worlds kepada berjuta-juta pemain di seluruh dunia, sudah pun berjalan menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharu.

Sambil kami melihat ke arah masa hadapan, kami menyedari bahawa sentiasa terdapat sesuatu lagi yang perlu dilakukan. Komitmen dan inisiatif kami hanyalah sebahagian daripada misi yang dunia perlu capai bersama ini. Kami teruja untuk terus menambah baik cara kami boleh memberi impak sambil kami berusaha ke arah komitmen kami sebagai sebuah syarikat.

Pensijilan

Pusat Penyiaran Jarak Jauh Dublin menerima pensijilan ISO pada musim panas 2023. ISO ialah piawaian alam sekitar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mencerminkan komitmen kami terhadap matlamat kami, terhadap pemain dan terhadap alam sekitar.