Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Impak Sosial

Mengapa ia penting

Kami menubuhkan Riot dengan kepercayaan bahawa syarikat pemain, komited secara mendalam untuk berkhidmat kepada pemain, dapat menyampaikan pengalaman permainan yang mengagumkan.  Kami percaya bahawa sesiapa yang mempunyai semangat, wawasan dan ketabahan boleh memberi impak yang positif. Sebagai sebahagian daripada etos tersebut, kami juga percaya ada caranya di mana kami, sebagai sebuah syarikat, boleh memberikan nilai jangka masa panjang dan impak positif kepada para pemain, rakan kongsi, Rioter dan komuniti yang kami berkhidmat.

Menerusi tanggungjawab sosial korporat, kami berharap untuk membina lebih banyak dunia positif untuk para pemain dan komuniti kami. Untuk berbuat demikian, kami memberi fokus dalam mencipta akses sama rata pada pendidikan dan pembangunan kemahiran juga menggalakkan kewarganegaraan yang positif dalam komuniti kami.