Dari Bundle Give Back VALORANT hingga menyokong Star Guardians dalam usaha mereka untuk mengalahkan kejahatan, sepanjang tahun lalu para pemain telah membantu dalam mengumpulkan berjuta-juta dolar untuk Dana Impak Sosial Riot Games. Kini kami meminta para pemain untuk mengundi tentang cara kami memperuntukkan pembiayaan geran kami kepada badan bukan untung di seluruh dunia.

Melalui sumbangan anda, kami dapat memperuntukkan lebih $6 juta daripada Dana Impak Sosial Riot Games untuk diberikan kepada badan-badan amal yang berbeza. Kami meminta anda untuk mengundi badan amal yang menangani perkara yang paling penting bagi anda.

Cara Undian Berfungsi

Bekerjasama dengan pejabat tempatan kami dan GlobalGiving, Dana Impak Sosial Riot Games memilih 84 badan bukan untung yang kami fikir menerajui kerja yang berkesan dan bermakna di 28 rantau. Kami memperuntukkan $6 Juta, dikumpul melalui pelbagai pengumpulan dana dalam permainan, untuk mewujudkan satu dana terkumpul bagi setiap negara berdasarkan penyertaan berkadar mereka dalam kempen ini.

Dari 12 Disember hingga 22 Disember, para pemain boleh pergi ke laman ini untuk membuang undi mereka.

Sebaik sahaja anda mengklik halaman pertama, anda akan disambut dengan tiga badan amal dari rantau anda berada yang layak atau yang paling hampir dengan tempat anda berada. Kemudian anda boleh sama ada mengundi untuk salah satu badan bukan untung yang disenaraikan di sana atau beralih ke negara layak lain yang anda mahu undi anda dikira. Setiap pemain hanya boleh mengundi sekali sahaja, jadi pastikan ia tidak disia-siakan!

Pada penghujung tempoh pengundian, organisasi dengan undian terbanyak dari setiap rantau akan menerima 50% daripada dana terkumpul rantau tersebut. Dua organisasi lain masing-masing akan menerima 25%. Kami telah menjamin geran minimum sebanyak USD 10,000 kepada setiap badan bukan untung yang mengambil bahagian.

Senarai penuh semua rantau dan organisasi bukan untung yang mengambil bahagian disenaraikan di bahagian bawah artikel ini.

Apakah itu Dana Impak Sosial Riot Games?

Sejak hari-hari terawal Riot, para pemain telah menderma berpuluh juta dolar untuk perjuangan yang anda ambil berat melalui skin amal, permainan mini yang unik dan banyak lagi. Pada tahun 2019, kami mencipta Dana Impak Sosial Riot Games untuk membuat pelaburan langsung dalam organisasi yang mendorong masa hadapan yang lebih baik di seluruh pelosok dunia.

Memandangkan kami telah berubah daripada satu permainan kepada banyak permainan, Dana Impak Sosial menjadi satu cara untuk mengumpulkan semua wang yang didermakan oleh para pemain kepada badan amal di satu tempat. Hal ini membolehkan kami menjadi lebih kreatif dengan rakan kongsi yang bekerjasama dengan kami, menjadi lebih strategik dengan cara kami memberikan pembiayaan dan meningkatkan impak yang boleh kami peroleh terhadap perjuangan yang paling diutamakan oleh pemain.

Sejak ia diwujudkan, Dana Impak Sosial telah menderma kepada lebih 400 organisasi merentasi 25 negara/rantau dan mengagihkan lebih $23 Juta dalam bentuk geran. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara Dana Impak Sosial beroperasi, tonggak yang kami tumpukan pelaburan kami, dan pelbagai badan amal yang telah ia sokong, lihatlah Laporan Impak Sosial 2021 kami.

Setakat ini pada tahun 2022, Dana Impak Sosial telah menyumbang $5.4 juta dalam bantuan kemanusiaan kepada rakyat Ukraine dan membantu dalam membiayai penciptaan Pusat Keusahawanan dan Teknologi SoLa yang bertujuan untuk memperkasakan generasi akan datang pembangun permainan, profesional teknologi dan pemain e-sukan bangsa berkulit hitam dan perang.

Pada dasarnya, wang yang kami sumbangkan kepada badan amal datang daripada anda semua, orang yang bermain permainan kami. Oleh itu, penting bagi kami bahawa anda juga berhak untuk menyatakan arah tuju wang itu.

Ribuan terima kasih kepada semua yang menyertai event-event amal kami tahun ini. Kami bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang bercakap tentang perjuangan yang mereka ambil berat dan mendorong dunia untuk menjadi tempat yang lebih baik setiap hari berbanding sebelumnya.

Semua Rantau dan Badan Bukan Untung yang Mengambil Bahagian

Argentina

  • Fundación Integrar
  • Fundación TierraVida
  • Fondo de Mujeres del Sur

Australia

  • Foodbank Australia
  • Australian Literacy and Numeracy Foundation
  • Rainforest Rescue

Brazil

  • Instituto Revoar
  • Think Olga
  • Vaga Lume

Kanada

  • New Relationship Trust
  • Good To Be Good
  • Boys and Girls Clubs of Canada

Chile

  • Cultiva
  • América Solidaria
  • Fundación Semilla

Colombia

  • SOLE Colombia
  • Asociación Cultural Femenina
  • Fundación Óyeme

Perancis

  • Laurette Fugain
  • Solidarité Formation Médiation (SFM) Clichy
  • Safe Place

Jerman

  • NABU
  • Gaming-Aid e.V.
  • Tafel Deutschland e.V.

Yunani

  • Irida Women's Center
  • Sporos Regeneration Institute
  • Lesvos Solidarity

India

  • Mann Deshi Foundation
  • Teach For India
  • The Opentree Foundation

Indonesia

  • Saya Suka Membaca
  • Yayasan Kemanusiaan Ibu Pertiwi
  • Planet Indonesia

Ireland

  • Teen-Turn
  • CoderDojo Foundation
  • Jigsaw

Itali

  • Chayn Italia
  • L’abilità Associazione Onlus
  • Fondazione Soleterre

Jepun

  • Japan Institute for Social Innovation and Entrepreneurship
  • Civic Force
  • Academy Camp

Malaysia

  • Persatuan Harapan Mulia
  • The Borneo Project
  • Fugee: Liberty to Learn Berhad

Mexico

  • Pronatura Noroeste A.C.
  • Pasitos Centro Psicopedagógico
  • Mano Vuelta A.C.

New Zealand

  • WAI Wānaka
  • RainbowYOUTH
  • KidsCan

Peru

  • Camino Verde
  • Enseña Perú
  • Asociación Grupo de Trabajo Redes

Filipina

  • Young Focus
  • Haligi ng Bata, Inc.
  • FundLife

Poland

  • Fundacja PODAJ DALEJ
  • Szlachetna Paczka
  • Wonder Foundation

Korea Selatan

  • Korea Green Foundation
  • Korean Association for Safe Communities
  • Korea Science Service

Sepanyol

  • Aldeas Infantiles SOS de España
  • Fundación Querer
  • Apadrina la Ciencia

Rantau Taiwan

  • Modern Women's Foundation
  • Taiwan Digital Talking Book Association
  • Bright Side Projects

Thailand

  • Siam-Care Foundation
  • Pratthanadee Foundation
  • Concordia Welfare and Education Foundation

Turki

  • Educational Volunteers Foundation of Turkey
  • Buldan Eğitim ve Dayanışma Vakfı
  • Kadın Emeğini Değerlendirme Vakfı

United Kingdom

  • Drive Forward Foundation
  • PeaceJam
  • Rosa Fund

Amerika Syarikat

  • Take This
  • Raising a Reader
  • World Wildlife Fund

Vietnam

  • Kidspire Vietnam
  • LIN Center for Community Development
  • Rock-Paper-Scissors Children's Fund