Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Impak Sosial

Kempen Menghadap Pemain

Jika terdapat satu perkataan yang melambangkan semangat pemain kami, itulah keghairahan. Semangat ini melangkaui permainan dan meluas ke komuniti-komuniti di seluruh dunia. Setiap beberapa tahun, kami menjalankan soal selidik dengan pemain di seluruh ekosistem Riot untuk mengenal pasti bidang perjuangan yang paling penting bagi pemain dari rantau ke rantau kerana kami tahu bahawa perkara yang penting bagi pemain di Brazil mungkin berbeza dengan pemain di Jepun dan di A.S. Kemudian, kami meneliti maklumat tersebut dan mencari peluang sepanjang tahun yang berkaitan secara langsung dengan perjuangan yang sangat mereka ambil berat. 

Pengumpulan Dana Dalam Permainan

Setiap tahun kami menganjurkan event pengumpulan dana dalam permainan merentas permainan kami. Semasa event ini, pemain boleh sama ada mengambil bahagian dalam cabaran amal dalam permainan atau membeli skin, Gun Buddy, bundle, atau Event Pass tertentu dengan satu peratusan hasil daripada pembelian itu akan disalurkan terus kepada Dana Impak Sosial Riot Games

Kempen Pengundian Amal

Kami juga memberi peluang kepada pemain untuk memilih badan bukan untung yang mereka mahu wang mereka sokong melalui Kempen Pengundian Amal kami. Bekerjasama dengan pejabat tempatan kami serta rakan kongsi pemberian kami GlobalGiving, kami mencari badan bukan untung serantau di seluruh dunia yang kami fikir menerajui kerja yang berkesan dan bermakna. Kami memilih tiga badan bukan untung bagi setiap rantau dan menggunakan wang yang dikumpulkan oleh pemain melalui pelbagai pengumpulan dana dalam permainan, untuk mewujudkan satu dana terkumpul bagi setiap rantau berdasarkan penyertaan berkadar mereka dalam kempen ini.

Semasa tempoh pengundian, para pemain boleh pergi ke laman kempen untuk membuat undian. Pemain boleh mengundi untuk mana-mana badan bukan untung di mana-mana rantau yang mengambil bahagian. Setiap pemain boleh mengundi sekali sahaja, jadi penting untuk memastikan undi itu tidak disia-siakan!

Pada penghujung tempoh pengundian, organisasi dengan undian terbanyak dari setiap rantau akan menerima 50% daripada dana terkumpul rantau tersebut. Dua organisasi lain masing-masing akan menerima 25%. Setiap organisasi bukan untung yang menyertai layak menerima sekurang-kurangnya $10,000 USD daripada dana terkumpul.

Sebabnya

Wang yang kami sumbangkan kepada badan bukan untung datang terus daripada mereka yang bermain permainan kami, jadi adalah penting bagi kami bahawa para pemain juga berhak dalam menentukan arah tuju wang itu. 

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai pengumpulan dana dalam permainana dan kempen pengundian amal kami, daripada para pemain sehinggalah badan-badan bukan untung tersebut. Kami bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang mengambil berat dan berusaha untuk memberi impak kepada komuniti di seluruh dunia.