Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Impak Sosial

Ukraine

Peperangan di Ukraine telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang semakin meluas. Sejak ia bermula, kami telah mendengar daripada pemain di seluruh dunia bahawa mereka mahu membantu—dan begitu juga kami. 

Sebagai tindak balas kepada krisis yang berterusan di Ukraine, Riot memberikan $1,000,000 untuk menyokong usaha kemanusiaan di rantau ini dan dengan serta-merta mengaktifkan kutipan derma dalam permainan merentasi League of Legends, VALORANT, Legends of Runeterra, Teamfight Tactics dan Wild Rift untuk menyokong usaha bantuan di rantau ini. Dalam hanya satu minggu, pemain di seluruh dunia bersatu untuk mengumpul $4,400,000. 

Bersama-sama kami telah mengumpulkan sejumlah $5.4 juta - 100% daripadanya telah didermakan kepada tiga badan bukan untung yang membantu usaha bantuan kemanusiaan di Eropah Timur:

  • International Medical Corps 

  • Médecins Sans Frontières / Doctors Without Borders

  • Polish Red Cross

International Medical Corps (IMC), sebuah organisasi bukan untung bantuan kemanusiaan global yang berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan, latihan penjagaan kesihatan dan program pembangunan kepada mereka yang terjejas akibat bencana, penyakit atau konflik, telah lama menjadi rakan kongsi Riot dalam bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, menyokong lebih 19 bencana merentasi 15 negara setakat ini. Dengan perang di Ukraine, IMC merupakan salah satu responden pertama di kawasan itu, dan ramai Rioter telah melangkah masuk untuk menghulurkan bantuan, bukan sahaja melalui pengumpulan dana dan derma, tetapi secara langsung dengan usaha di lapangan juga. 

Rioter Ukraine dan Eropah Timur bekerjasama untuk mencipta inisiatif "Pembelajaran & Penyepaduan Melalui Permainan" untuk kanak-kanak dan remaja Ukraine yang dipindahkan yang tinggal di Poland, dengan matlamat utama untuk membantu mereka mempelajari bahasa tempatan, bertemu rakan baharu, mencari semangat kekitaan, dan berintegrasi ke dalam komuniti setempat dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan. Peserta menghadiri kelas seni, mempelajari bahasa Poland, mencipta pakaian cosplay mereka sendiri dan bermain permainan video berasaskan pasukan bersama-sama.