Memandangkan golongan elit Piltover telah selesai menyambut Hari Kemajuan, kini tiba masanya untuk undercity keluar bersuka ria. Mungkin Piltover tidak menyedarinya, tetapi undercity juga bersemangat dan bertenaga seperti di bahagian atas dengan cara yang tersendiri. Anda akan lihat secara langsung.

Selamat datang ke Malam di Undercity!

Kini dengan tersiarnya dua babak Arcane, penamat akan tiba lebih cepat daripada hoverboard Firelight. Sementara anda menunggu, kami akan menyediakan kandungan baharu serta lebih banyak event dan kejutan menarik mulai 14-20 November. Minggu Malam di Undercity mencapai kemuncaknya dengan keraian komuniti yang disiarkan secara langsung selama dua hari untuk menghidupkan undercity pada 19 dan 20 November, dengan keluaran Babak 3 Arcane pada sebelah petang (GMT +8) sebagai acara utama.

Kandungan Permainan Baharu Untuk Minggu Ini

Dalam League, Pramusim 2022 datang ke Rift dengan penampilan sulung item baharu, Inspiration Keystone, Bounty Objektif, serta Drake Hextech dan Chemtech. Dan jangan lupa, anda boleh memperoleh Arcane Vi dengan bermain tiga permainan atau memenangi satu permainan!

riot-games-undercity-nights-vi

Ejen terbaru VALORANT akhirnya membuat penampilannya pada 16 November. Chamber sudah pun cukup kacak dan menakutkan, tetapi tatunya benar-benar akan bertukar menjadi senapang. TATUNYA BERTUKAR MENJADI SENAPANG. Ketahui lebih lanjut tentang Chamber dan kebolehannya.

riot-games-undercity-nights-chamber

Di TFT, meta untuk Set 6 semakin stabil dan semua sinergi Chemtech sudah sempurna untuk membuat anda teruja dengan Malam di Undercity. Pada 17 November kami akan memperkenal Double Up, mod permainan baharu yang boleh anda mainkan dengan rakan dan berkongsikan pengalaman menggunakan semua emas anda memutar semula untuk mencari Viktor yang penting untuk dikunci dalam komposisi anda.

riot-games-undercity-nights-TFT

Kuasa Hextech begitu kuat sehingga turut merebak ke seluruh dunia permainan kerana Fortnite, PUBG MOBILE, dan Among Us turut menerima suntikan tenaga Arcane. Pastikan anda mencuba permainan ini dan lihat cara Arcane muncul di seluruh alam semesta.

Dan akhirnya, World of RiotX Arcane telah berkembang buat kali terakhir. Terdapat lebih banyak perbualan, permainan mini dan, sudah tentu, ganjaran untuk anda terokai sambil anda menyelami dengan lebih lanjut pengalaman semasa Malam di Undercity. Pastikan anda menemui semua ganjaran sebelum 30 November!

  • League of Legends: Ward Arcane
  • Teamfight Tactics: Arena Atas Bumbung Bandar Zaun
  • Legends of Runeterra: Ikon Hold the Applause
  • VALORANT: Spray Fishbones

Malam di Undercity Menjadi Nyata

Fasa kedua Malam di Undercity akan menunjukkan kepada anda cara undercity berseronok dengan siaran selama dua hari yang menampilkan pertandingan langsung serta banyak lagi. Kedua-dua hari siaran boleh distrim bersama semua pencipta kandungan dan boleh ditonton di Twitch dan YouTube. Jika anda mahukan satu lagi peluang untuk memperoleh Twitch Drop daripada Tayangan Perdana Arcane, anda boleh mendapatkan Twitch Drop semasa siaran ini. Untuk butiran lanjut tentang cara mendapatkan Twitch Drop, baca artikel Sokongan Pemain ini!

Pengalaman Arcane secara langsung di Secret Cinema akan memulakan siaran Malam di Undercity pada 19 November. Pencipta kandungan dari seluruh dunia akan menyertai puak chembaron dan bertarung untuk mengawal bekalan kilauan yang sangat penting dalam jalan cerita asli Arcane. Berminat untuk melaluinya sendiri? Pemain di kawasan Los Angeles dialu-alukan untuk menghadiri pengalaman mengasyikkan Secret Cinema secara peribadi mulai 21 November. Dapatkan tiket anda ke undercity di sini.

riot-games-undercity-nights-secret-cinema

Di undercity, hanya yang kuat akan bertahan. Persaingan bukan sekadar hobi khusus di The Lanes, tetapi ia ialah cara hidup. Jadi jika anda tidak mahir dalam sesuatu, anda perlu mahir dengan cepat. Dengan semangat itu, kami akan mengadakan Gauntlet Riot.

Pada 20 November, penstrim dan Rioter akan bertarung secara bersemuka di peringkat akhir Gauntlet Riot. Peserta akan memainkan senarai penuh permainan Riot untuk memberi jawapan muktamad kepada persoalan yang tidak pernah ditanya: Siapakah yang lebih hebat, penstrim atau pembangun? Kami akan menyelesaikannya secara langsung di Twitch dan YouTube semasa Malam di Undercity. Pemenang akan berpeluang untuk menderma bahagian mereka sebanyak $100,000 (RM413,000) daripada Riot kepada pertubuhan amal global pilihan mereka! 

Semasa persembahan tersebut, anda boleh pergi ke sebalik tabir dan mendapatkan jawapan kepada beberapa soalan anda daripada pencipta Arcane dan permainan kegemaran anda.

riot-games-undercity-nights

RiotX Arcane sudah hampir ke penghujung, dan meraikan event bersama anda semua sejak beberapa minggu lalu lebih mengagumkan daripada yang kami bayangkan. Semangat anda terus memberi inspirasi kepada kami dan kami berharap finale Arcane memenuhi segala yang anda nantikan selama ini, atau lebih daripada itu.