Bergegas ke butang merah besar itu, sudah tiba masanya untuk mesyuarat tergempar! Arcane akan datang ke Among Us, dan ini bermakna beberapa watak kegemaran anda daripada rancangan itu akan menyertai kru kapal angkasa yang benar-benar normal, berfungsi dengan sempurna, dan pastinya tidak mencurigakan. 

Gayakan pakaian angkasa Among Us anda dengan kosmetik yang menampilkan Jayce, Caitlyn, Heimerdinger dan ramai lagi mulai hari ini. Malah, Poro peliharaan Heimerdinger—yang namanya Porofessor, jika anda tertanya-tanya—juga akan membuat kemunculan. 

Berikut adalah semua kosmetik yang boleh anda temui dalam Arcane Cosmicube baharu Among Us: 

  • Heimerdinger's Hair
  • Heimerdinger's Moustache
  • Heimerdinger's Suit
  • Heimerdinger's Poro
  • Enforcer Helmet
  • Enforcer Armor
  • Caitlyn's Cap
  • Caitlyn's Uniform
  • Vi's Hair
  • Vi's Clothes
  • Jinx's Hair
  • Jinx's Goggles
  • PJinx's Clothesakaian Jinx
  • Jayce's Hair
  • Jayce's Council Suit
  • Chomper
  • Claggor's Goggles

Jadi apakah sebenarnya Cosmicube? Anggap ia seperti battle pass yang membolehkan pemain maju melalui kiub tersebut dan mengaktifkan kosmetik di sepanjang laluan. Arcane Cosmicube akan menjadi yang pertama seumpamanya apabila Among Us melancarkan ciri baharu ini.  

Kami amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai kerjasama pertama Among Us dengan pembangun permainan lain, dan kami tidak sabar untuk melihat champion League menghendap-hendap di sekeliling peta!