Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

Kami berhasrat untuk menjadi syarikat permainan yang paling berfokuskan pemain di dunia

Riot Games telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk mencipta permainan dan pengalaman yang menjadikannya lebih baik untuk menjadi pemain. Pada tahun 2009, kami melancarkan permainan sulung kami, League of Legends, yang telah menjadi salah satu permainan PC yang paling kerap dimainkan di dunia. Sejak itu, kami telah mengeluarkan VALORANT, Teamfight Tactics, Legends of Runeterra dan League of Legends: Wild Rift. Permainan kami dimainkan dalam beberapa e-sukan yang paling terkenal di dunia, yang memuncak dalam acara seperti League of Legends World Championship dan VALORANT Champions, yang ditonton oleh berjuta-juta peminat setiap tahun. Kami juga telah mengembangkan IP kami melalui projek-projek merentas muzik, buku komik, permainan papan serta Arcane, siri animasi pemenang Emmy kami.

Nilai-nilai Kami

PENGALAMAN PEMAIN DIUTAMAKAN

PENGALAMAN PEMAIN DIUTAMAKAN

PENGALAMAN PEMAIN DIUTAMAKAN

Kami percaya fokus terperinci kami pada pemain memberi inspirasi yang paling bermakna dan pengalaman permainan yang berkekalan.

• Kami mementingkan pemain dalam apa jua yang kami lakukan.

• Kami berkongsikan minat permainan kami dan mengutamakan aspek bermain sebagai sebahagian penting dalam hidup kami.

• Kami mendalami empati kami dan pemahaman dengan mendengar, mempelajari dan berhubung dengan pemain di serata dunia.

BERANI BERMIMPI

BERANI BERMIMPI

BERANI BERMIMPI

Kami percaya keberanian untuk mengejar idea yang berani ini akan menjadikan impian yang mungkin mustahil kepada satu kenyataan buat pemain.

• Kami berani membuat pertahuran yang menyasarkan pada memajukan landskap permainan.

• Kami mencari perspektif unik, mencipta ruang untuk eksperimentasi dan menganggap kegagalan sebagai sebahagian daripada perjalanan ini.

• Kami bermula daripada amalan terbaik, menghargai kepakaran, dan membuat inovasi apabila terdapat jalan yang lebih baik.

BERKEMBANG BERSAMA

BERKEMBANG BERSAMA

BERKEMBANG BERSAMA

Kami percaya kami lebih kuat apabila kami saling menghormati, melabur dalam sesama sendiri dan berjaya sebagai sebuah pasukan.

• Kami mendekati setiap interaksi dengan empati, keikhlasan dan hormat.

• Kami memupuk pasukan yang inklusif untuk memperkasakan setiap kekuatan Rioter.

• Kami membawa diri kami dengan standard profesional tertinggi dan bersama-sama kami menikmati keseronokan membangunkan permainan.

LAKSANAKAN DENGAN KECEMERLANGAN

LAKSANAKAN DENGAN KECEMERLANGAN

LAKSANAKAN DENGAN KECEMERLANGAN

Kami percaya kecemerlangan pengoperasian akan membolehkan kami untuk menyampaikan pengalaman yang lebih baik untuk tempoh yang lama.

• Kami menetapkan matlamat bercita-cita tinggi, mengukur diri kami dengan hasil yang diperolehi dan membuat peningkatan secara berterusan.

• Kami berkolaborasi bersama seluruh pasukan untuk menyampaikan pengalaman holistik kepada para pemain dan Rioters.

• Kami memfokus pada perkara yang penting, mengutamakan kecekapan dan menggunakan sumber pemain seperti milik kami sendiri.

TERUS BERUSAHA; SENTIASA MERENDAH DIRI

TERUS BERUSAHA; SENTIASA MERENDAH DIRI

TERUS BERUSAHA; SENTIASA MERENDAH DIRI

Kami percaya bahawa masih banyak lagi yang boleh dipelajari daripada sesama sendiri, daripada pemain dan daripada dunia.

• Kami menangani setiap masalah dengan optimistik, berwawasan dan rasa ingin tahu.

• Kami meraikan kemenangan kami, mempelajari dari kegagalan kami dan mencabar diri kami untuk berkembang.

• Kami menghargai maklum balas sebagai sebahagian penting peningkatan.

• Kami mengecam pasukan kami, keluarga kami, rakan sekerja seindustri kami dan pemain kami yang bantu menjayakan semua ini.

Impak Sosial

Kami percaya bahawa sesiapa yang mempunyai keghairahan, wawasan dan ketabahan boleh memberi impak yang positif. Sebagai sebahagian daripada etos, kami juga percaya ada caranya di mana kami, sebagai sebuah syarikat, boleh memberikan nilai jangka masa panjang dan impak positif kepada para pemain, rakan kongsi, Rioter dan komuniti yang kami berkhidmat.

Menerusi tanggungjawab sosial korporat, kami berharap untuk membina lebih banyak dunia positif untuk para pemain dan komuniti kami. Untuk berbuat demikian, kami memberi fokus untuk mencipta akses sama rata pada pendidikan, pembangunan kemahiran dan menggalakkan kewarganegaraan yang positif di serata dunia.  

Ketahui Lebih Lanjut

Kelestarian

Kelestarian alam sekitar merupakan isu penting untuk pemain, untuk Riot, dan untuk seluruh dunia. Walaupun kelestarian adalah sesuatu yang kami sentiasa perjuangkan, sudah tiba masanya kami menerangkan komitmen kami dengan jelas. Dengan melakukan usaha sendiri, bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkesan, dan berkongsi amalan terbaik dengan seluruh industri permainan, kami dapat, dan perlu, membuat kemajuan ke arah dunia yang lebih sihat. 

Ketahui Lebih Lanjut

Kepelbagaian & Keterlibatan

Kami fokus untuk menjadikan Riot satu tempat yang hebat buat mereka yang suka membangunkan permainan dan menetapkan aras yang tinggi untuk kepelbagaian dan keterlibatan.

Ketahui Lebih Lanjut

Kami adalah global

Ibu Pejabat Riot Games terletak di Los Angeles yang cerah, tetapi kami mempunyai lebih banyak pejabat di seluruh dunia. Kami sedang mencari pemain bersemangat yang juga pemimpin dalam bidang mereka untuk membantu kami menyampaikan nilai kepada pemain, tanpa mengira di mana mereka bermain.

Terokai pejabat kami