Kemas kini: Kempen Pengundian Amal 2025 telah tamat dan beribu-ribu pemain telah mengundi untuk badan bukan untung kegemaran mereka. Kami telah mengira undian dan badan bukan untung yang menang di setiap rantau telah dicatatkkan dalam senarai di bawah. Tidak lama lagi, kesemua 87 badan bukan untung akan menerima sebahagian daripada $5 juta+ daripada Dana Impak Sosial Riot Games. 

Apabila anda mengambil bahagian dalam pengumpulan dana dalam permainan seperti membeli Bundle Give Back di VALORANT atau skin amal di League, sebahagian daripada wang itu akan disalurkan kepada Dana Impak Sosial Riot Games. 

Dari situ, dana ini menyumbang secara langsung kepada organisasi yang melakukan usaha berkesan di seluruh dunia. Namun pemain seperti andalah yang mengumpulkan wang tersebut, jadi kami mahu memastikan anda juga dapat menyuarakan pendapat tentang perjuangan yang akan disokong oleh dana ini. 

Itulah peranan Kempen Pengundian Amal ini. Untuk kempen 2025 ini kami telah memperuntukkan lebih $5 juta daripada dana ini dan bekerjasama dengan GlobalGiving untuk mengenal pasti 87 badan bukan untung berbeza yang melakukan usaha berkesan di 29 rantau dari seluruh dunia. 

Berikut ialah cara kempen ini berfungsi: Pergi ke charityvote.riotgames.com, pilih rantau yang anda ingin undi, kemudian pilih daripada tiga badan bukan untung yang berfokus terhadap perjuangan berbeza. 

Sama ada perjuangan itu ialah perlindungan alam sekitar, pendidikan, memerangi kelaparan, atau banyak lagi, setiap satu daripada organisasi ini membawa perubahan dalam komuniti tempatan mereka dan akan menerima sebahagian daripada dana terkumpul tersebut. Organisasi dengan undian terbanyak akan menerima 50% daripada dana terkumpul rantau mereka, dengan dua yang lain menerima 25% setiap satu. 

Pengundian akan dibuka hingga 27 November jadi undilah segera untuk membantu dalam menyokong perjuangan yang paling anda ambil berat. Kami akan mengemas kini artikel ini setelah pengundian ditutup dan dihitung dengan badan bukan untung yang telah menerima undian terbanyak di setiap rantau. Jika anda mengundi berbilang kali, hanya undian terakhir anda akan dikira, jadi pastikan itulah undian sebenar anda. 

Lihat senarai penuh rantau dan badan bukan untung di bawah: 

Argentina

Australia

Brazil

Kanada

Chile

Colombia

Czechia

Perancis

Jerman

Yunani

India

Indonesia

Ireland

Itali

Jepun

Malaysia

Mexico

Peru

Filipina

Poland

Singapura

Korea Selatan

Sepanyol

Taiwan

Thailand

Türkiye

United Kingdom

Amerika Syarikat

Vietnam