TL;DR: Kami akan memulakan beta tertutup program rakan kongsi baharu untuk League of Legends, Teamfight Tactics dan VALORANT yang akan membawakan manfaat unik dan sokongan yang lebih baik kepada para pencipta. 

Sebelum in, ketika League merupakan satu-satunya permainan kami, terdapat Program Rakan Kongsi League (League Partner Program, LPP). Namun, beberapa tahun yang lalu, kami telah menghentikan permohonan baharu buat sementara waktu sambil kami memikirkan evolusi Program Rakan Kongsi kami yang seterusnya–sesuatu yang boleh menyokong pencipta hebat merentas senarai permainan kami yang sentiasa berkembang. Hal ini telah memakan masa tetapi kami tidak sabar-sabar untuk mengambil langkah pertama ke arah sistem baharu tersebut dengan satu siri program ujian beta untuk League of Legends, Teamfight Tactics dan VALORANT. 

Mulai hari ini, pencipta terpilih dari seluruh dunia sedang dijemput untuk mengambil bahagian dalam versi beta tertutup program baharu ini. Bagi rakan kongsi League, inilah peluang untuk akhirnya menyambut pencipta yang telah sabar menunggu sementara permohonan telah dibekukan. Bagi pencipta VALORANT dan TFT, inilah pengenalan pertama kepada manfaat unik, faedah rakan kongsi dan sokongan program jangka panjang.

Bermula dari lewat bulan Oktober, senarai manfaat baharu akan mula dikeluarkan kepada para pencipta yang menyertai program ini. Hal ini termasuk gelaran “Like, Comment, Subscribe” di League of Legends, gelaran “VALORANT Partner” di VAL dan Little Legend mythic di TFT. Sepanjang tempoh beberapa bulan yang seterusnya, anda boleh menjangkakan permainan ini akan bereksperimen dengan faedah dan ciri tambahan. Sebahagian daripada faedah ini mungkin akan kekal, sebahagian mungkin akan berubah dan yang lain mungkin akan dialih keluar. Matlamat pada masa ini hanyalah untuk memahami dengan lebih baik perkara yang dianggap oleh para pencipta adalah paling meninggalkan kesan. 

Cita-cita kami ialah untuk membina Progam Rakan Kongsi yang bermakna dan bermatlamat untuk para pencipta merentas seluruh permainan kami. Tujuan beta ini adalah untuk mengumpul maklum balas dari para pencipta dan juga pemain untuk memastikan bahawa-apabila kami akhirnya berupaya untuk membuka Program Rakan Kongsi kami kepada semua pencipta yang berminat–kami telah membina sesuatu yang berbaloi ditunggu-tunggu. Kami tahu para pencipta tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripada program kami dan kami akan pasti akan memaklumkan anda semua apabila kami bersedia untuk membuka permohonan dengan lebih meluas.

Terima kasih atas kesabaran dan semangat anda serta segala kreativiti luar biasa yang telah anda pamerkan selama ini, kami tidak sabar untuk mengalu-alukan anda ke program yang telah diberi nafas baharu ini apabila tiba masanya. 

Mengapakah ujian ini terhad kepada pencipta tertentu? / Mengapakah saya tidak dijemput?

Biarpun kami ingin ujian ini terbuka kepada semua orang, Program Rakan Kongsi masih dalam pembangunan dan ujian yang lebih kecil memastikan program ini berada pada kualiti tertinggi sebelum dilancarkan secara lebih meluas. Para pencipta ini mewakili pelbagai rantau dan komuniti yang berbeza dari seluruh dunia yang akan membolehkan kami menguji ciri ini dengan sewajarnya merentas pelbagai khalayak. 

Bagaimana pula dengan Wild Rift, Legends of Runeterra, Riftbound atau 2XKO?

Secara jangka panjang, kami mahu membina program untuk menyokong para pencipta bagi lebih banyak permainan kami. Pada masa ini kami bermula dengan League of Legends, TFT dan VALORANT untuk menguji sistem bahagian belakang pada skala yang sesuai. Para pencipta yang sedang menerima manfaat pada masa ini di Wild Rift akan terus menerima semua manfaat yang dikaitkan dengan perkongsian pencipta Wild Rift mereka. Walaupun itu bukan program rakan kongsi yang formal, kami akan terus menyokong pencipta secara global dengan rangkaian faedah sedia ada.

Berapa lamakah beta ini akan berjalan dan bagaimanakah saya boleh membuat permohonan?

Pada masa ini, kami sedang menguji pengalaman Program Rakan Kongsi asas dengan pencipta tertentu. Matlamat kami adalah untuk kembali kepada komuniti pencipta dengan maklumat lanjut pada hujung tahun 2026 berhubungan dengan evolusi prograrm ini, termasuk pembukaan semula proses permohonan untuk pencipta baharu pada hujung tahun itu.

Apakah perbezaan antara beta dan pelancaran rasmi?

Status beta membolehkan kami menetapkan jangkaan yang betul bahawa beberapa faedah dan program ini merupakan percubaan dan hampir pasti akan berubah dalam sesuatu aspek sebelum kami membuka pengalaman ini kepada kumpulan yang lebih luas. Status ini juga membolehkan kami mengumpul maklum balas dari para pemain dan pencipta, supaya kami berevolusi dalam arah yang betul untuk membina pengalaman sehebat mungkin. Setelah kami beralih kepada program yang sudah dilancarkan secara rasmi, anda boleh menjangkakan ciri adalah lebih kekal dan permohonan akan disemak secara kerap.

Apakah yang telah berlaku kepada Program Rakan Kongsi yang lama? Adakah ini berbeza?

Program Rakan Kongsi League yang anda saksikan hari ini ialah evolusi sesuatu yang telah anda saksikan sebelum ini. Hal ini tidak berasingan–tetapi adalah berbeza. Perubahan yang kami lakukan memperkenalkan manfaat baharu yang dipertingkatkan untuk pencipta dan membantu Riot menyokong lebih ramai pencipta tanpa mengorbankan kualiti. 

Saya telah menerima jemputan kepada Program Rakan Kongsi. Jemputan itu menyatakan bahawa ia adalah daripada Riot–bagaimanakah saya boleh mengesahkan jika hal ini penipuan atau jemputan rasmi?

Kami tahu bahawa terdapat percubaan baru-baru ini oleh pihak berniat jahat untuk mendapatkan maklumat akaun daripada para pencipta dengan menyamar sebagai program Riot rasmi. Pencipta yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam beta ini akan menerima e-mel daripada alamat e-mel “riotgames.com” atau “mail.creators.riotgames.com”. Jika anda menerima e-mel daripada mana-mana syarikat atau laman web lain, itu bukan daripada Riot. Ambil maklum bahawa Riot TIDAK akan meminta kata laluan anda, atau menghubungi anda melalui Discord atau mesej teks dengan pautan untuk membuat permohonan. 

Jika saya sudah pun menyertai Program Rakan Kongsi League, adakah saya dijamin untuk menyertai program ini?

Walaupun kami menjemput ramai rakan kongsi legasi kami, sudah lama sejak kami mengemas kini senarai pencipta. Sepanjang tempoh itu, segelintir pencipta telah beralih dari League, mengubah fokus mereka atau berhenti mencipta kandungan sama sekali. Sesetengah pencipta tersebut tidak akan menerima jemputan ke program baharu ini kerana kami memberi tumpuan untuk membawa orang yang memacu komuniti kami ke hadapan setiap hari. 

Adakah hadiah percuma chroma untuk League of Legends akan diteruskan dengan program baharu ini?

Sebagai sebahagian daripada evolusi untuk LPP, kami menilai faedah sedia ada dan cara baharu untuk pencipta yang disahkan berinteraksi dengan komuniti mereka.  Hadiah percuma chroma bukan sebahagian daripada set manfaat baharu, tetapi kami berharap para pemain dan juga pencipta kedua-duanya akan menikmati perkara yang kami rancangkan.