Meraikan Tahun Ular

Tahun Naga akan berakhir dan masa untuk meraikan permulaan Tahun Ular sudah semakin hampir. Setiap tahun baharu, kebanyakan pasukan permainan kami meraikan hari perayaan ini dengan cara mereka yang tersendiri. Inilah perkara yang akan dibawa ke League, Wild Rift, TFT dan VALORANT dalam minggu-minggu akan datang. 

Lunar Revel League of Legends

League of Legends’ Lunar Revel - Mythmaker Jhin

Tahun Ular membawakan champion baharu ke barisan skin Mythmaker dan memperkenalkan Dumpling Darlings. Lihatlah reka bentuk Mythmaker baharu untuk Jarvan IV, Cassiopeia, Nami dan Jhin dalam sinematik di bawah:


Lunar Extravaganza Wild Rift

Wild Rift Lunar Extravaganza

League of Legends: Wild Rift akan meraikan Tahun Ular dengan mengaktifkan semua champion buat masa yang terhad, melancarkan barisan skin Embroidery dan menghadiahi pemain satu beg hadiah percuma!

Lunar Festival Teamfight Tactics

Teamfight Tactics Lunar Festival

Di TFT, Fates: Festival of Beasts sudah kembali. Selepas lima tahun, set yang disayangi ini kembali dengan takat putus Prismatic baharu untuk trait, champion terpilih dan penambahan ubahsuaian. Di samping set revival ini, terdapat juga banyak kosmetik baharu termasuk Chibi Mythmaker Zoe, Dark Cosmic Jhin Unbound, Chibi Prestige Porcelain Ezreal dan banyak lagi!


VALORANT Menyambut Tahun Ular

VALORANT Year of the Snake

Nun di Alpha Earth, pasukan itu sedang meraikan hari perayaan dengan event pass Year of the Snake dan barisan skin bersisik bak ular yang dipanggil Helix.