Terdapat bunga api, dragon kecil, tanglung, dragon besar, sampul merah dan banyak lagi dragon. Selamat datang ke Lunar Festival 2024. Semasa pemain di seluruh dunia bersedia untuk meraikan Tahun Naga, permainan kami meraikannya bersama-sama anda. 

Untuk mendapatkan semua maklumat tentang event yang League of Legends, VALORANT, Teamfight Tactics dan Wild Rift akan langsungkan, lihatlah saluran setiap permainan. Artikel ini bertujuan untuk menempatkan sorotan merentas setiap permainan yang terdiri daripada sinematik, barisan skin, set dan banyak lagi. Oleh itu, selesaikan jamuan anda, keluarkan segalanya yang berwarna merah, dan mari mulakan. 

League of Legends

Porcelain Auelion Sol

Smolder si dragon cilik dengan wajah baru telah membuat debutnya di League. Dia mungkin comel tetapi apinya masih panas jadi jangan pandang rendah mage terbaharu League ini.

Bermula pada 7 Februari, Heavenscale akan bermula di League of Legends dengan pass event baharu, misi dalam permainan serta barisan skin yang menampilkan Lee Sin yang legendary. Ultra Rapid Fire (URF) juga akan kembali. Akan datang pada 22hb ialah barisan skin Porcelain yang diterajui oleh Aurelion Sol yang legendary. Sudahkah kami sebut tentang terdapatnya dragon? 

Pasu League Porcelain Tersuai

Untuk meraikan barisan skin Porcelain, pasukan League di China bekerjasama dengan Jingde Town, Ibu Kota Porselin China, untuk mencipta pasu League tersuai. Sekumpulan pemain dan seorang artisan terkenal bekerjasama untuk menghidupkan projek ini.


Teamfight Tactics

Teamfight Tactics Lunar Festival event

Sebagai sebahagian daripada event Lunar Festival TFT, Galaxies kembali lagi—baiklah, sebenarnya set pertengahan Galaxies yang akan kembali! Mod permainan 3.5 Revival membawa kami kembali ke set kegemaran peminat sebagai hadiah berharga semasa musim cuti ini. Set ini disertakan bersama dengan beberapa TFTisme moden seperti Augment, Portal dan banyak lagi, jadi pastikan anda membaca semua tentangnya dalam blog dev terbaru di sini

Lunar Festival tidak akan lengkap tanpa kosmetik dengan tema yang sesuai serta Pass event baharu. Selesaikan misi event dalam Galaxies atau Remix Rumble untuk maju dalam Pass Lunar Festival, hanya pass event unik TFT kedua yang menampilkan boom baharu, Lantern Prancie, arena baharu dan banyak lagi merentas 16 level. Dapatkan semua butiran mengenainya di sini.


League of Legends: Wild Rift

League of Legends: Wild Rift Lunar Guardian Dragon Lantern skins

Barisan skin Lunar Guardian dan Dragon Lantern menyaksikan 13 skin baharu tiba di Wild Rift. Tambahan lagi, Arena juga kembali dan lebih baik dari sebelum ini bersempena musim cuti ini jadi ciptalah duo untuk mula bertarung.

Dia mungkin tersinggung kerana akan diberikan secara percuma tetapi anda boleh mendapatkan Lunar Guardian Aurelion Sol hanya dengan memainkan misi bermula pada 25 Jan. Yalah, apabila andalah pencipta bintang-bintang itu sendiri, anda dibenarkan memiliki sedikit ego.

Aurelion Sol Lunar Guardian

Pada 8 Feb bawalah Lunar Guardian dan champion Dragon Lantern anda ke Rift untuk Lunar Extravaganza yang akan menampilkan beberapa misi berasaskan kisah, tiga chroma ASol dan sampul merah yang boleh anda berikan kepada pemain lain semasa event itu. 
 

VALORANT

Jauh di Alpha Earth pula, VALORANT akan menyambut perayaan ini dengan pass event Scales of Fortune dan bundle barisan skin XERØFANG. Lihatlah skin baharu itu di bawah sambil Jett dan Iso mengajar Phoenix tentang sampul merah.


Video Muzik VALORANT

Pasukan VALORANT di China sedang bekerjasama dengan penyanyi rap, pemain VALORANT pro dan pencipta kandungan untuk mencipta video muzik baharu yang menampilkan Cypher.


Legends of Runeterra

Legends of Runeterra - Lunar Lee Sin

LoR muncul ke parti dengan kosmetik Heavenscale serba baharu! Selepas 28 Februari pergilah ke kedai dalam permainan di Legends of Runeterra untuk mendapatkan skin Heavenscale Lee Sin dan Aurelion Sol.